Murid 9 Tahun Lemas Ketika Mandi Di Terusan Mada


ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun ditemui lemas ketika mandi di Terusan Mada, Kampung Pulau Mas dekat Yan, Khamis.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yan Abu Yazid Othman berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan tentang kejadian itu kira-kira pukul 12.02 tengah hari dan seramai lima anggota telah dikejarkan ke sana.

"Semasa kita sampai, mayat Mohamad Zulkifli Ahmad Faiz telah dijumpai oleh orang kampung dan mayat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata, difahamkan kanak-kanak itu pergi ke terusan tersebut yang dalamnya kira-kira tiga meter bersama tiga rakannya dan apabila melihat Mohamad Zulkifli lemas, rakannya itu bergegas meminta tolong daripada orang kampung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu mengesahkan menerima laporan tentang kejadian itu.
 - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.