Terkini!! Itali Ke FINAL Euro 2012, Ketepi Jerman 2-1.. Jom Terjah!!!



Jerman-Itali: Pertemuan fleksibiliti lawan konsisten
Statistik ringkas Jerman-Itali
[DIKEMAS KINI JAM 5 PAGI] Itali mengetepikan Jerman 2-1 untuk mara ke final bertemu dengan juara bertahan Sepanyol.
Dalam pertemuan yang mendebarkan, Itali mendahului Jerman 2-0 sebelum lawannya itu menjaringkan gol tunggal pada minit-minit terakhir pertemuan, menerusi tendangan penalti.
Kedua-dua gol Itali dijaringkan oleh Mario Balotelli pada minit ke-20 dan 36. Dua jaringan ini amat mengejutkan peminat-peminat Jerman dengan beberapa penonton di Stadium Warsaw menitiskan air mata.
Sementara Jerman bekerja keras mencari gol, Mesut Ozil menjaringkan gol pasukannya menerusi penalti.
Jerman dan Itali bekerja keras untuk mengisi satu slot ke final Euro 2012 di Stadium Warsaw.
Jerman selaku pilihan kedua Euro 2012 bukan sahaja turun untuk mengulangi sejarah mara ke final empat tahun lalu, sebaliknya mahu menamatkan badi kekalahan ke atas Itali.
Itali pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan disamping  memasang impian untuk mengulangi sejarah pada tahun 1968.

Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Jerman belum pernah mengalahkan Itali dalam perlawanan kompetitif dimana tewas tiga kali dan seri tiga kali dalam kancah Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah.
 
Senario di arena (pada minit ke-....)
90+4: Kedudukan kekal 2-1
90+4: iTali mara ke final
90+2: Jerman semakin bersemangat mencari gol penyamaan
89: Peluang Jerman terus digagalkan pertahanan Itali

88: Jerman semakin terdesak mencari gol. Berjaya dikekang pertahanan Itali

83: Kad kuning dilayangkan kepada Itali-Daniele De Rossi
83: Kad kuning dilayangkan ke atas pemain Itali, Daniele De Rossi
82: Tendangan sudut kepada Jerman
81: Perlawanan semakin rancak - Jerman terus mencari peluang. Itali pukul bermain perlahan, cuba bertahan
79: Percubaan Jerman sekali lagi gagal - tendangan melabung.
77: Kedua-dua pasikan terus melakukan asakan
75: Pertahanan Itali semakin utuh - Jerman semakin terdesak
74: Penjaga gol Itali beraksi cemerlang apabila berjaya menyelamatkan serangan bertubi-tubi jerman
70: Kedudukan semasa 2-0.
68: Minit ke-68, Antonio Di Natale menggantikan Mario Balotelli.
64: Perlawanan semakin debarkan - Jerman masih buntu mencari gol.
61: Sepakan percuma diberikan kepada Jerman-berjaya diselamatkan penjaga gol Itali

60: Kad kuning dilayangkan kepada Itali- Leornardo Bonucci
59: Itali lebih banyak menggunakan corak bertahan. Satu lagi peluang bagi Mario Balotelli jaringkan gol.
57: Jerman terus melakukan asakan.
56: Tendangan sudut untuk Jerman, tetapi tiada hasilan gol.
55: Itali yang selesa cuba lakukan serangan untuk kukuhkan kedudukan.
53: Serangan Jerman terus dipatahkan oleh pertahanan Itali.
52, Kedudukan 2-0, Itali atasi Jerman, Jerman semakin terdesak mencari gol,
51: Pertahanan utuh Itali memperkukuhkan kedudukan, menghalang serangan Jerman.
50: Serangan balas Itali diselamatkan oleh penjaga gol Jerman.
45: Miroslav Klose menggantikan Mario Gomez, Lukas Podolski diganti oleh Marco Reus.
45 + 1: Separuh masa pertama berakhir dengan penguasaan permainan 49% Jerman dan 51% Itali.
40: Tinggal 5 minit separuh masa pertama berakhir, Jerman kuasai 63% permainan, Itali 37% - Itali 2-0.
39: Jerman terus buntu mencari gol

37: Jerman terus tersentak dengan dua jaringan Itali, cuba melakukan serangan, tapi dihalang pertahanan Itali.
36: Mario Balotelli yang menjaringkan 2 gol menentang Jerman, satu-satunya pemain menerima kad kuning setakat ini. Dia buka jersi selepas menjaringkan gol kedua.

35: Gol kedua menerusi Mario Balotelli

34-tendangan sudut kepada Jerman

34-Itali hampir menjaringkan gol kedua tapi berjaya dihalang pertahanan jerman

33: Jerman tidak berputus asa melakukan serangan ke atas gawang Itali
31: Statistik minit ke-31: Penguasaan bola Jerman mula atasi (63%); Itali (37%).
30: Kedudukan masih sama 1-0.
29:Percubaan Phillipp Lams terus buntu mencari gol apabila tendangannya tersasar
28: Jerman terus melakukan serangan
25: Sekali lagi peluang Jerman untuk menyamakan kedudukan namun tendangan tersasar

24: Penyokong Jerman terus memberikan sokongan meskipun ketinggalan 1 gol di belakang

23: Statistik perlawanan- 52 peratus bola dikuasai oleh Itali, 48 peratus oleh Jerman

21: Percubaan Jerman melambung tinggi

20: Jerman semakin tertekan dengan jaringan awal itali, cuba melakukan asakan
19: Mario Balotelli menjaringkan gol pertama Itali, mendahului Jerman 1-0.
17: Serangan Itali, Casano merempat bola tetapi diselamatkan oleh penjaga gol Jerman
14: Perlawanan semakin rancak. Kedua-dua pasukan saling mnegasak kubu masing-masing

12: Percubaan Jerman ke gawang gol tersasar Serangan Jerman diselamatkan penjaga gol Itali. Jerman meneruskan asakan minit ke-13
11: Gawang Itali cemas apabila jerman hampir untuk menjaringkan gol pertama. Statistik permainan: Penguasaan bola Jerman (42%); Itali (58%)
10: Kedudukan masa sama tanpa jaringan.
9: Jerman pula meneruskan asakan.
8: Itali lakukan serangan balas
6: Sepakan penjuru kepada Jerman
5: Cubaan Jerman diselamatkan oleh penjaga gol Itali.
3: Permulaan yang agak perlahan, belum rancak bagi kedua-dua pasukan
0.01: Persaingan bermula. Itali mula sepakan

Statistik permainan:
- Kedudukan gol: Jerman (1) - Itali (2)

- Penguasaan bola Jerman (53%); Itali (47%)

- Sasaran ke gawang: 17(Jerman); 11 (Itali)

- Sepakan penjuru: 14 (Jerman); (0) Itali

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.