Ini kerana, ia berlaku ekoran salah faham sahaja, kata Timbalan Ketua DHPP Pusat, Balasubramaniam Nachiappan (gambar).
"Saya telah berbincang dengan Mr.Ooi Ketua DHPP Penang mengenai beliau letak jawatan sebagai ketua DHPP negeri.
"Masalah yang dihadapi oleh beliau adalah beliau tidak dapat bertanding dalam PRU13. Sebenarnya ini adalah salah faham maklumat (miscommunication) kerana saya difahamkan PAS Pusat belum buat keputusan untuk calon bertanding. Nama calon pun belum di umum," katanya.
"Selepas saya berbincang dengan Dr.Ooi beliau meminta tempoh satu minggu untuk berfikir dan menyelesaikan masalah tersebut," berita Bala kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak lain jangan masuk campur dahulu dalam isu dan berjanji ia akan diselesaikan secepat mungkin.
Semalam, Dr Ooi dalam sidang medianya memaklumkan perletakan jawatannya ekoran merasakan jasa dan khidmatnya dalam PAS seperti tidak diperlukan lagi.
Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata, keputusan yang diambilnya itu bukan kerana kecewa terhadap PAS, namun merasakan khidmat dan kesetiaannya kepadaparti itu selama 20 tahun tidak dihargai, selain pandangannya demi kebaikan parti tidak diambil berat oleh kepimpinan tertinggi.
Ooi lebih yakin dengan tindakan itu apabila PAS Pusat dilihat seperti meminggirkan DHPP Pulau Pinang dengan memutuskan untuk tidak memilih calon di kalangan DHPP untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sementara itu, cara seperti yang dilakukan Ketua DHPP PAS Pulau Pinang ini memang telah berlaku di mana - mana; jika tidak ada sanjung atau habuan, maka berlakulah undur unduran, tulis pembaca Sinar Harian yang menyiarkan perletakan jawatan Dr Ooi itu.
Katanya, dalam Islam, sekali manusia berjuang pada jalan Allah, sama ada diterima manusia atau tidak, maka dia terus berjuang, walaupun tidak mendapat balasan dari manusia seperjuangan dengannya.
"PAS parti politik Islam, dasarnya Islam, maka, kalau manusia atau orang Islam atau bukan Islam berjuang krana hendakkan balasan dan sebagainya, lebih baik tidak usah berjuang," tulis Mokhtar Petah.
Katanya, jika mahukan duit, lebih baik berniaga nasi kandar, dari pagi sampai ke Subuh orang datang menadah pinggan, walaupun sakit perut kerana makanan terlalu pedas!.

0 comments:
Post a Comment