DS Anwar Beri Amaran Keras Kepada PM Najib, Kenapa???

KUALA SELANGOR, 26 Mac — Perebutan untuk mendapatkan Selangor telah bermula menjelang pilihan raya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri untuk cuba menawan Selangor untuk Barisan Nasional (BN), dan menolak perikatan kerajaan itu sebagai ancaman untuk Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Umum PKR itu memberitahu 5,000 penyokong  PR bahawa masanya telah tiba untuk “melancarkan perang” terhadap Umno-BN kerana pilihan raya sudah semakin hampir.
“Najib kata dia mahu ambil alih Selangor ... cerita apa ni? Dia nak ambil Selangor? Kita nak tawan Putrajaya!” kata Anwar diikuti sorakan gemuruh daripada penyokongnya malam tadi.
Pemimpin pembangkang itu (gambar) berkata Najib tidak akan memenangi Selangor kerana barisan kepimpinan BN mengamalkan sistem kronisme dan korup.
Anwar turut mengecam Najib dan mempersoalkan tindakan beliau yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
“Pemimpin PR di Selangor, negeri-negeri kami bersih, bukan kotor, dan pemimpin kami bukan perompak,” dakwa Anwar.
Najib semalam berkata BN sudah bersedia untuk menang pilihan raya akan datang dan menawan kembali Selangor, dan sokongan orang ramai semakin menggalakkan.
Beliau berkata masyarakat telah memberitahunya bahawa BN telah kembali menerima sokongan rakyat sejak pilihan raya 2008.
Perdana Menteri itu menegaskan BN mesti memenangi semula Selangor, negeri utama untuk perindustrian dan hasil bumi “tanpa mengira apa pun yang berlaku”.
Anwar mengambil kesempatan dalam ceramahnya malam tadi untuk memberi amaran kepada Najib menggunakan media untuk membuat serangan peribadi.
“Siapa pemimpin Umno? Najib? Apa jadi kepada Altantuya? Apa jadi di Port Dickson?” kata Anwar.
“Saya mesti beri dia amaran, serang ikut undang-undang, kerajaan yang baik dan bukan serangan peribadi. Saya telah terlalu lama menjadi mangsa.”
Menteri Besar Selangor yang berucap sebelum Anwar berkata simpanan kerajaan negeri telah meningkat berkali ganda di bawah PKR dan pada masa kini berjumlah RM1.9 bilion. Beliau turut menyatakan Selangor menyumbang kepada 22 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar negara.
Khalid turut menegaskan kejayaan Selangor berpunca daripada Anwar yang merupakan Penasihat Ekonomi Selangor.
“Ini adalah petunjuk kepada pentadbiran negeri, kami lebih baoik daripada kerajaan sebelumnya.
“Kalau dia (Anwar) tidak ada di sini bagaimana saya hendak beri jumlah ini? Anwar bekas Menteri Kewangan. Ada wakil Umno di Selangor dengan jawatan sedemikian?” soal Khalid.
Program malam tadi turut menerima bantahan apabila beberapa pemuda memasuki stadium memegang banner dan postkad ketika acara sedang berlangsung.
Pegawai keselamatan PR kemudiannya mengarahkan mereka keluar apabila penyokong Anwar mengejar mereka.
“Penyamun. Samseng. Orang suruhan Umno,” kata Anwar kemudiannya merujuk kepada pemuda yang telah ditahan oleh pegawai keselamatan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.