AirAsia X membuat penyusunan rancangan bagi sekurang-kurangnya 30,000 tempahan dalam talian yang dibatalkan susulan penarikan balik penerbangan syarikat penerbangan tambang rendah itu dari
London, Paris dan India, kata pengerusinya, Tan Sri Rafidah Aziz.
Walaupun kos bagi rancangan ini tidak didedahkan, Rafidah berkata penarikan balik itu telah mengurangkan dimensi kerugian yang telah pun dirasai oleh laluan jarak jauh AirAsia X berikutan peningkatan harga minyak dan cukai kerajaan.
Seperti yang dijanjikan, syarikat penerbangan tambang rendah itu mengumumkan semua penumpang, yang memegang tempahan bagi destinasi-destinasi tersebut, akan ditawarkan pilihan perjalanan alternatif tanpa sebarang kos tambahan bagi mengurangkan kesulitan yang disebabkan oleh penarikan semula laluan itu.
E-mel yang menawarkan pilihan tersedia akan dihantar kepada penumpang terbabit, termasuk pembayaran balik penuh, laluan semula ke destinasi AirAsia X lain (di Australia dan Asia Utara) atau berpindah ke syarikat pengangkutan alternatif yang ada tersedia.
Rafidah juga berkata sebarang kemungkinan bagi penyambungan semula laluan itu di masa depan tidak diketepikan kerana strategi syarikat penerbangan bajet tersebut bagi Eropah di masa depan masih terbuka.
"Justeru itu, apa yang akan berlaku di masa depan, kami tidak tahu, tetapi apa yang boleh kami katakan adalah pada masa depan yang terdekat ini adalah seperti apa yang telah diumumkan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucap tama di Sidang Kemuncak Tahunan Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom dan Eire 2012 di Marble Arch.
Meskipun pembatalan tersebut, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata AirAsia masih kekal sebagai penaja kit jersi bagi kelab bola sepak London, Queens Park Rangers, yang dimiliki pengasas syarikat penerbangan itu Tan Sri Tony Fernandes.
Penajaan itu adalah sehingga akhir musim bola sepak 2012/2013.
"Apabila penajaan kami tamat, lembaga akan membuat keputusan," katanya.
Mengulas mengenai laporan tentang kekecewaan pelajar Malaysia dan pengunjung yang kerap ke Eropah, Rafidah berkata apa yang berlaku adalah suatu yang amat malang dan dibuat berdasarkan kepentingan terbaik perniagaan.
"Apabila strategi perniagaan tidak menjadi, kami perlu menyelesaikannya, yang mana kami lakukan dengan memberi banyak makluman awal," katanya.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan4 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ▼ 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment