Setelah meneliti semua laporan berkaitan isu demonstrasi di hadapan UPSI pada awal tahun baru 2012, termasuklah rakaman video yang dimuat naik di Youtube, saya mendapati ada beberapa laporan awal yang bercanggah. Ini termasuklah laporan awal saya sebelum ini di sini yang dipetik dari twitter SMM. Ketika laporan awal dikeluarkan, sumber video masih belum dikeluarkan di dalam Youtube.
Fakta kejadian bagaimanapun masih lagi samar-samar. Kecederaan yang dialami mahasiswa itu pasti, namun punca kejadian ada di dalam pelbagai versi. Namun yang pasti pihak polis tidak terus menyerbu, tetapi telah memberi peluang kepada pelajar untuk berucap. Jika benar mahasiswa bertindak liar sehingga memanjat pagar UPSI, ini amat dikesalkan.
Bagaimanapun, saya mengambil pendirian seperti bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin
..JIKA pihak polis di pihak yang benar, saya memohon maaf atas post semalam..walaupun bagaimana pun keadilan hendaklah diberikan secara rata..jika ada yg dibenarkan demo sebelum ini, demo lain yg aman juga wajar dibenarkan..kita mungkin tidak menyokong tuntutan mereka, tapi kita kena akur hak umum rakyat..PR dan BN kena elakkan pergunakan pelajar..
kredit: pulakdah
0 comments:
Post a Comment