Rakaman Video Demontsrasi Mahasiswa di UPSI Tersebar Di Youtube... Jom Terjah!!

 
Skrinshot video yang telah dimuat-masuk ke laman web YouTube 1 Januari 2012.








KUALA LUMPUR, 2 Jan — Satu rakaman video demontsrasi yang melibatkan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam tidak menunjukkan polis melakukan serangan fizikal terhadap mereka. Bagaimanapun rakaman video yang dimuatnaik di Youtube semalam menunjukkan  keadaan kelam-kabut apabila polis mahu menghuraikan demonstrasi  dan seorang mahasiswa berdarah di kepala dan seorang lagi mengalami kecederaan.


Aktivis mahasiswa dah ahli politik pembangkang mendakwa beberapa mahasiswa  yang terlibat dalam demonstrasi menuntut kebebasan akademik dipukul dan ditahan berikutan ingkar dengan arahan bersurai oleh polis.

Polis bagaimanapun menafikan bertindak kasar terhadap aktivis mahasiswa itu yang mengadakan demonstrasi aman di UPSI.


Sejak insiden itu, pelbagai tuduhan tentang penyalahgunaan kuasa dilemparkan terhadap polis di media-media sosial di mana mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi itu menulis komen di laman sosial masing-masing untuk mengutuk tindakan yang disifatkan mereka keganasan pihak berkuasa.


Dalam rakaman video berdurasi 8.27 minit, yang dimuatnaik portal berita Antara Pos menunjukkan aktivis mahasis berhimpun di luar pintu masuk UPSI selain mendesak agar dibenarkan masuk.


Kumpulan mahasiswa itu melaungkan “Bebas bebas” dan “kami semua Adam Adli”.


Adam Adli, 21, menjadi perhatian dan dikritik kerana bertindak menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.


“Kami telah menguasai UPSI hari ini dan kami membuktikan mahasiswa boleh menuntut kebebasan akademik,” katanya sebelum polis tiba untuk menghuraikan demonstrasi itu.


Seorang anggota polis memberi kumpulan mahasiswa itu selama 15 minit untuk bersurai namun ramai di kalangan mereka enggan dan membantah arahan tersebut.


Kebanyakan daripada mereka dilihat menolak anggota polis selepas masa yang diberikan tamat dan cuba menghalang polis untuk mengambil tindakan.


Keadaan kelam-kabut berlaku selepas itu, dengan imej kabur menunjukkan pintu kaca sebuah klinik berdekatan universiti itu pecah dan dua mahasiswa mengalami kecederaan semasa cuba melarikan diri.


Tiada rakaman menunjukkan anggota polis melakukan serangan fizikal ke atas mahasiswa selain daripada tangkapan.


“Kami bukan musuh anda, adakah anda dengar? Kami akan di sini untuk membantu,” kata seorang anggota polis, yang dilihat menggari seorang mahasiswa.

PKR dan DAP mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, dianggarkan seramai 60 orang semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malim selepas tengah malam.


Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas mengambil tindakan kasar terhadap mahasiswa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai.


Seramai 17 aktivis mahasiswa telah ditahan dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi dan kesemua mereka dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Seorang mahasiswa, Muhammad Safwan Anang dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.


Muhammad Safwan, Presiden Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) berada di Hospital Slim River dengan tulang pipi patah,” kata PKR dalam kenyataannya.


Parti itu mendakwa Muhammad Safwan telah dipukul oleh lapan anggota polis dan anggota Unit Cawangan Khas.


Polis Tanjung Malim mengesahkan mereka telah menahan 17 aktivis mahasiswa dalam kejadian itu tetapi enggan memberikan butiran lanjut kerana masih dalam siasatan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.