Panas!! Inilah Wajah Pelakon Yang Dipukul & Diterajang Sebelum Dirogol Beramai-Ramai... (Ada Video)

“Kena pukul & sepak terajang sebelum dirogol beramai-ramai dalam satu babak untuk filem Klip 3gp merupakan satu pengalaman yang paling tidak boleh saya lupakan. Nasib baik pengarah filem, Aidil Fitri Mohamed Yunos banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan gambaran mengenai seorang wanita yang dalam kesakitan. Ia memudahkan saya untuk berimaginasi dan menghayati watak dengan lebih baik,” ujar Faralyna Idris yang ditemui di preview media filem Klip 3gp, di GSC Pavilion, kelmarin.
“Watak sebagai Sandra ini memang berat. Sebelum ini, banyak pengarah memberikan watak sebagai gadis kampung kepada saya. Namun, Klip 3gp telah mencabar saya untuk melakukan kelainan. Sebenarnya, saya pun berfikir 2 kali sebelum menerima watak ini. Setelah berbincang dengan pengarahon what DOs and DON’Ts, saya rasa lebih selesa,” tambah Faralyna lagi.
Faralyna turut menyatakan keinginannya untuk melakonkan watak jahat seperti KL Gangster.

“Selepas ini, saya teringin sangat nak melakonkan watak wanita brutal dan ganas. Kalau KL Gangster tampilkan pelakon lelaki, kenapa pelakon wanita tak boleh? Kalau ada peluang sebegitu, memang saya tak tolak,” ujar pelakon berusia 20 tahun ini.

1 comments:

  1. Filem ini lebih banyak memberikan impak negatif dan mesej sampah berbanding positif dan faedah...

    Patut di banned demi mengurangkan budaya kuning yang sudah sarat dalam masyarakat...

    Dari sudut agama, pengarah, pelakon mendapat dosa dan terdedah kepada risiko azab Tuhan - jika tidak bertaubat...

    Pihak2 yang ada kuasa mencegah dari arah mana sekalipun wajib perbetul keadaan ini. Cari alternatif. Yang tiada kuasa, gunalah lisan dan tulisan...

    Bantulah kami Ya Allah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.