KOTA TINGGI: Gara-gara panik, sepasang kekasih sanggup meninggalkan bayi yang baru dilahirkan teman wanitanya di atas bonet kereta seorang penduduk di FELDA Sungai Mas, di sini, kira-kira 30 kilometer dari tempat bayi malang itu dilahirkan iaitu dalam sebuah ladang kelapa sawit.
Ia berlaku Khamis lalu apabila wanita berusia 20 tahun yang dikatakan dalam perjalanan dari Pengerang ke Hospital Kota Tinggi untuk bersalin, merasai kesakitan mahu melahirkan anak kira-kira jam 3 pagi.Pasangan itu kemudian mengambil keputusan berhenti di sebuah lorong dekat ladang sawit FELDA Air Tawar 3 di sini, sebelum wanita berkenaan melahirkan seorang bayi lelaki atas tanah dalam semak di situ dengan berbidankan teman lelakinya berusia 25 tahun.Panik dengan kejadian itu, mereka kemudian berpatah balik menghala ke Pengerang dan meninggalkan bayi yang masih dipenuhi darah serta bertali pusat itu atas bonet kereta seorang penduduk di FELDA Sungai Mas.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata bayi terbabit ditemui seorang lelaki berusia 39 tahun ketika hendak menghantar anaknya ke sekolah, kira-kira jam 7 pagi.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan4 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ▼ 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment