Media Arus Perdana "Penipu", Siapa Harus Bertanggungjawab? Apakah KDN Akan Membatalkan Permit Akhbar Ini?

Lim berkata New Sunday Times dan Berita Minggu telah melanggar etika kewartawanan. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 18 Julai — Pengurusan dan wartawan kanan Kumpulan New Straits Times (NST) perlu bertanggungjawab atas maklumat palsu menggambarkan seorang anggota Unit Amal PAS ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, gambar tersebut disiarkan di muka hadapan akhbar terbabit pada 10 Julai lalu menunjukkan Abdul Razak Endut, 32, dari Temerloh sebagai seorang pengganas dan penunjuk perasaan bersenjatakan pisau.

“Akhbar itu menggambarkan anggota Unit Amal tersebut bersenjatakan pisau sedangkan dia hanya memegang bendera Malaysia dan dia juga tidak membaling batu ke arah pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen ini berkata, tindakan akhbar tersebut juga telah melanggar prinsip asas dan etika kewartawanan yang mana ia berperanan sebagai satu medium untuk menyampaikan perkara yang benar dan adil.

Tambah Lim, New Sunday Times dan Berita Minggu telah melanggar etika kewartawanan secara terang-terangan dan oleh itu kumpulan tersebut harus bertanggungjawab.

“Tindakan akhbar ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dan perbuatan menghina, bukan sahaja terhadap profesion wartawan, tetapi ia juga merugikan pembangunan negara,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, akhbar Berita Minggu dan New Sunday Times memaparkan gambar Abdul Razak yang dengan kemeja-T putih dan menggunakan kain berwarna hitam untuk menutup mukanya.

Selain itu, gambar tersebut juga menunjukkan Abdul Razak diselubungi asap dan dilihat sedang membaling sebuah objek menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya didakwa memegang sebilah pisau.

Akhbar itu menyiarkan gambarnya dengan tajuk: “Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram” manakala tajuk kecilnya pula berbunyi, “Perusuh guna senjata, batu, lawan polis”.

Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: “Peaceful?”

Abdul Razak pada Sabtu lalu juga tampil mendedahkan perkara sebenar.

Beliau menafikan membawa pisau dan memberitahu bahawa apa yang dipegang olehnya merupakan bendera Malaysia dan tidak membaling batu ke arah polis.

“Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister (yang dilepaskan polis) dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat.

“Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Lim juga menyelar tindakan Kementerian Dalam Negeri memanggil tiga editor kanan akhbar berbahasa Cina minggu lalu — dipercayai berhubung liputan media yang didakwa memihak kepada penganjuran himpunan Bersih 2.0.

Lim berkata, apa yang dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina berkenaan adalah benar.

“Tidak seperti New Sunday Times, Berita Minggu dan Mingguan Malaysia yang menggunakan gambar yang diubah suai untuk menimbulkan rasa kebencian masyarakat kepada himpunan 9 Julai itu,” katanya.

Beliau juga bertanya sama ada Kementerian Dalam Negeri akan turut memanggil New Sunday Times dan Berita Minggu kerana menggunakan gambar palsu di muka hadapan akhbar tersebut.

“Adakah semua berita di media cetak memerlukan gambar-gambar yang diubah suai dan laporan yang berat sebelah bagi menjadikan mereka “akhbar pembohong” berbanding akhbar-akhbar lain di bawah pentadbiran program transformasi 1 Malaysia (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak)?”soalnya.


Peserta demo: Saya tidak bawa pisau

Abdul Razak Endut yang dilabelkan oleh akhbar arus perdana sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 tampil membuat penjelasan pada ceramah PAS di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Katanya, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang didakwa oleh akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu. Abdul Razak juga menafikan beliau membaling batu ke arah polis.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat katanya.

NONEAbdul Razak atau terkenal dengan nama Ajak adalah anggota Unit Amal PAS - pasukan sukarelawan yang ditubuhkan bagi mengawal orang ramai pada perhimpunan 9 Julai lalu berhampiran bangunan Maybank.

Akhbar Berita Minggu pada 10 Julai menyiarkan gambarnya dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis".

Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Berpakaian baju dan penutup mulut yang sama, Abdul Razak membuka lilitan kain hitam dan mendedahkan wajahnya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Perisai manusia

Katanya, beliau menyertai rakan-rakannya membentuk perisai manusia bagi menghalang polis bergerak ke arah orang ramai yang cuba berhimpun secara aman.

NONE"Bagaimanapun, FRU membawa meriam adil dan menembak ke arah kami. Apa yang patut saya buat untuk menghalang trak FRU? Saya minta bendera (Malaysia) daripada seorang peserta dan dia bagi saya. Saya kemudian berdfiri di hadapan dan disembur meriam air FRU.

"Harapan saya... peserta ini adalah rakyat Malaysia, orang kita sendiri, mengapa polis lakukan ini,” katanya dengan emosional.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Pada 12 Julai lalu Pemuda PKR Pulau Pinang mendakwa gambar itu dipalsukan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.