Tahniah: Datuk Dr. Johari Mat Angkat Sumpah Sebagai Senator di Dewan Negara Hari Ini...

Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) Datuk Dr Johari Mat mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara (Senator) di Dewan Negara di Kuala Lumpur pada Khamis

KUALA LUMPUR 7 Julai — Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri, Kota Baharu, Kelantan, Datuk Dr. Johari Mat hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara di sini.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan disaksikan oleh anggota-anggota Dewan berkenaan.

Johari, 59, anak kelahiran Kelantan, berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) Usuluddin dari Universiti Iman Mohd Ibn Saud Al-Islamiyyah, Riyadh, Saudi Arabia (1990-1982) dalam pengkhususan akidah dan aliran pemikiran semasa.

Berpengalaman sebagai Prof Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kelantan (2001-2003), beliau telah menjalankan beberapa penyelidikan, antaranya Kajian Ajaran Sesat di Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor (1998) serta Kajian Ajaran Sesat di Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (1999).

Beliau turut mendapat pengiktirafan luar sebagai Lembaga Penasihat Jurnal Al-Basirah Universiti Malaya (1 April 2011-31 Mac 2013) dan Pengerusi Panel Penerbitan Karya Bidang Agama, Dewan Bahasa dan Pustaka (25 April 2011-Mei 2013).

- Bernama


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.