Banjir Kilat Terburuk Di Pulau Pinang... Banyaknya Kereta Ditenggelami Air, Lalulintas Sesak Teruk...Lihat Gambar Ini..

Kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Sri Saujana, Sungai Dua,
Pulau Pinang dinaiki air hingga menyebabkan beberapa buah
kereta tenggelam akibat banjir kilat

GEORGE TOWN: Hujan lebat yang turun sekitar pukul 11 pagi tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah di sekitar Pulau Pinang hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan air naik hingga ke paras lutut di kawasan perumahan, Minden Heights.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Taman Brown, K. Santha berkata beberapa buah rumah di Changkat Minden 7 ditenggelami air.

“Saya menerima maklumat daripada ahli kami bahawa banjir kilat yang melanda ini disebabkan oleh kebocoran paip yang bawah tanah akibat tekanan air yang kuat di Universiti Sains Malaysia (USM).

Bukan itu sahaja, berdasarkan tinjauan beberapa kawasan turut ditenggelami air antaranya sepanjang Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Masjid Negeri.

Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas hingga 1kilometer berlaku di lebuh raya bertingkat dari Bayan Baru ke Gelugor.

Ia disebabkan oleh lampu isyarat yang rosak di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah-Sungai Dua.

Kesesakan bertambah buruk apabila terdapat kenderaan rosak diletakkan sepanjang jalan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.