Polis telah memperolehi bukti yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Katanya, polis membuat kesimpulan itu berdasarkan fakta penyiasatan yang dijalankan pasukan itu.
"Berdasarkan siasatan kita, kita percaya kita tahulah siapa di dalam video itu. Ini berdasarkan fakta-fakta yang ada pada pegawai penyiasat," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terlibat.
Ketika ditanya, beliau juga enggan mendedahkan sekiranya polis telah mengenalpasti sama ada video berkenaan dirakamkan di dalam atau di luar nefara.
"Saya rasa yang penting ialah kesahihah video itu, maknanya ia bukanlah diadakan, superimpose. (Sama ada) buat di Malaysia ke, yang penting ialah kesahihan.
Beliau dalam pada itu turut mengesahkan bahawa siasatan polis kini masih di peringkat dalam negara.
Dalam pada itu, beliau turut diminta menjelaskan sekiranya polis berkuasa untuk bertindak sekiranya rakaman video berkenaan dijalankan di luar negara.
Beliau ditanya demikian memandangkan satu video pendek yang dikatakan sebagai sebahagian daripada video seks berkenaan mempunyai tulisan dalam bahasa Thai.
Video pendek berkenaan disebarkan di Internet oleh seseorang yang tidak dikenali sejak awal bulan ini.
Ismail berkata, perkara itu "terserah kepada kebijaksanaan polis" dalam menjalankan tugas mereka.
"Ini melibatkan keterangan. Bila melibatkan keterangan kita ada Akta Keterangan yang kita harus patuhi, kita kena menepati semua prosedur (siasatan)," katanya.
Beliau turut meminta supaya pihak media tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.
Siasatan ke atas kes berkenaan dijangka selesai menjelang minggu depan, katanya lagi
0 comments:
Post a Comment