Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Para pelajar Malaysia yang balik dari Mesir menceritakan bahawa sepanjang perjalanan pulang ke tanahair, mereka diasak dengan pelbagai dakyah oleh Umno yang mengambil kesempatan dalam kesempitan. Mereka diingatkan bahawa duit tambang itu adalah sumbangan ikhlas kerajaan BN seolah-olah ianya duit yang diambil dari tabung Umno dan bukannya duit cukai terkumpul yang dikutip dari rakyat jelata.
Apa yang paling menyemakkan pemikiran para pelajar di saat genting tersebut ialah ada juhalak Umno yang berkempen memburukkan PAS, termasuk menghentam kerjasama dengan DAP yang kononnya sebuah parti anti Islam dan Melayu. Mereka terbang beribu batu menghantar orang politik ke sana, bukan ikhlas membantu sebaliknya mahu mencari keuntungan politik di saat para pelajar di himpit kesukaran.
Ia mengingatkan kita akan kisah Iblis yang datang menyesatkan manusia di ambang sakratulmaut. Mengikut cerita tok-tok guru, Iblis akan menyamar sebagai ibu kepada insan yang sedang nazak itu. Di saat manusia yang bakal tercabut roh dari jasad itu kehausan yang teramat sangat, maka si Iblis itu merayu supaya orang itu mensyirikkan Allah bagi membolehkan dia memberi air minuman.
Di saat senang atau genting kumpulan manusia bernama Umno ini akan terus menggunakan kesempatan untuk menyebarkan propaganda mereka. Apa kena mengena isu kerjasama PAS-DAP dengan para pelajar yang pergi ke Mesir untuk menuntut ilmu. Di tanahair mereka jugalah yang beriya-iya sangat meminta pelajar supaya menjauhi politik tapi di luar negeri Umno menggunakan lidah keduanya bagi dijelirkan untuk membelit pemikiran para pelajar. Kejatuhan Hosni Mubarak dan para diktator Arab sebenarnya amat menakutkan BN.
Reaksi awal Datuk Seri Najib ialah, suasana di Mesir adalah berbeza dengan Malaysia. Dia memberi amaran supaya rakyat Malaysia menjauhi demonstrasi jalanan. “Sebenarnya amaran itu tidak perlu dibuat (Najib) kerana kalau ada demokrasi (di Malaysia) maka tak akan berlaku seperti di Mesir,” jawab Mohamad Sabu.
Reaksi awal Datuk Seri Najib ialah, suasana di Mesir adalah berbeza dengan Malaysia. Dia memberi amaran supaya rakyat Malaysia menjauhi demonstrasi jalanan. “Sebenarnya amaran itu tidak perlu dibuat (Najib) kerana kalau ada demokrasi (di Malaysia) maka tak akan berlaku seperti di Mesir,” jawab Mohamad Sabu.
Memang betul suasana di Mesir, Tunisia dan lain-lain negara Arab tidak sama dengan Malaysia, tetapi terdapat juga beberapa persamaan yang sangat ketara. Antaranya tiada kebebasan media, kebebasan berhimpun dan manipulasi undi dalam pilihanraya.
Persamaan yang sangat besar antara rejim diktator Arab dengan Malaysia ialah mereka memerintah negara dalam tempoh yang sangat lama, masing-masing melebihi 20 tahun. Bagaimanapun tidak ada antara para diktator tersebut yang mencipta rekod memerintah negara lebih separuh abad berturut-turut seperti BN di Malaysia. Rekod masih dipegang oleh BN.
Tun Dr. Mahathir semasa berkuasanya, pernah melahirkan ‘kehairanan’ kerana BN adalah satu-satunya parti yang berkuasa sejak merdeka, tidak pernah kalah. “Semua parti politik yang menuntut kemerdekaan pernah mengalami kekalahan,” katanya dalam satu perhimpunan agung Umno.
Memerintah terlalu lama bukan satu kesalahan atau kesilapan, tetapi memerintah terlalu lama boleh membuka ruang terhadap parti yang berkuasa itu melakukan kesalahan atau kesilapan. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perihal negara kehilangan RM888 bilion dalam sembilan tahun. Menurutnya tahun 2000 sahaja, sejumlah USD28 bilion wang dibawa keluar negara, manakala tahun 2008, jumlah naik sehingga 33 peratus iaitu USD68 bilion. Laporan tersebut dibuat oleh GFI iaitu sebuah badan pemerhati kewangan. Mereka mendefinasikan sebagai wang dari aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan dan pengecualian cukai.
Jika pendedahan yang sama berlaku di Barat ia mungkin mengambil masa sebulan untuk sesebuah kerajaan tumbang, setahun jika berlaku di India, dua puluh tahun jika berlaku di negara Arab, maka apakah Malaysia perlu mengambil masa 100 tahun untuk rakyat faham bahawa pemerintah yang ada adalah pengkhianat sebenar kepada khazanah kekayaan negara?
Lagi bahayanya sesebuah kerajaan berkuasa terlalu lama tanpa bertukar teraju ialah, ia akan mewujudkan rakyat yang berpemikiran songsang.
Dalam dunia demokrasi tulen, parti yang sedang berkuasa takut kepada suara rakyat kerana kemarahan rakyat akan diterjemahkan dalam peti undi. Tetapi akibat terlalu lama berkuasa kononnya atas platform demokrasi maka pemikiran umum rakyat jadi songsang, iaitu mereka yang takutkan pemerintah. Situasi ini berlaku di Malaysia.
Dalam dunia demokrasi tulen, parti yang sedang berkuasa takut kepada suara rakyat kerana kemarahan rakyat akan diterjemahkan dalam peti undi. Tetapi akibat terlalu lama berkuasa kononnya atas platform demokrasi maka pemikiran umum rakyat jadi songsang, iaitu mereka yang takutkan pemerintah. Situasi ini berlaku di Malaysia.
Kakitangan awam kerajaan boleh dihimpun untuk dipaksa menyokong BN dalam pilihanraya. Ada yang terketar-ketar kerana diugut akan diambil tindakan jika menghadiri program parti pembangkang. Undi pos sentiasa memihak kepada BN.
Bahaya terlalu lama memerintah juga ialah, parti yang berkuasa merasakan segala jentera kerajaan dan khazanah kekayaan negara adalah hak milik mereka. Pembangkang puas mengkritik BN guna jentera dan wang ringgit kerajaan berkempen untuk parti politik mereka, tetapi mereka tidak dapat untuk merasai bahawa perbuatan itu bersalah sebab sudah terlalu lama melakukan kerja tidak bermoral itu.
Ketirisan wang di Malaysia adalah jauh lebih besar dari bajet RM19 bilion yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga. Ketirisan berpunca dari rasuah. Semua projek raksasa dalam negara harganya jauh lebih tinggi dari harga sepatutnya. Begitu juga dengan pembelian peralatan canggih. Misalnya pembelian kapal pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs TLDM, dibeli dengan harga RM6 bilion lebih tinggi berbanding jika dibeli oleh negara lain yang lebih kaya dari Malaysia.
Menjadi amalan kepada semua pegawai tertinggi polis, kastam atau lain-lain pihak berkuasa supaya tidak bertugas di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama. Amalan itu betul. Sekalipun ia tidak dapat menghapuskan rasuah seratus peratus tetapi ia dipercayai dapat menyempitkan ruang berlakunya rasuah.
Maka demikianlah parti politik yang memerintah. Banyak bahayanya akibat dikekalkan berkuasa terlalu lama. Antara tujuan pilihanraya di negara ini ialah untuk memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan. Mereka berhak tukar penerajunya setiap kali pilihanraya umum. Pilihanraya bukannya untuk mengekalkan mandat kepada BN sampai kiamat.
0 comments:
Post a Comment