Bekas Isteri Pertama Aziz M. Osman Kembali Bertudung Setelah Berkahwin, Gugur Kali Ke 2


Sama seperti pasangan yang lain, pelakon dan penerbit drama jelita Aliah Lee turut mendambakan cahaya mata menerusi perkahwinan keduanya, bersama ahli perniagaan yang bernama Mohamed Zekri Ibrahim.

Telah pun melayari bahtera kehidupan lebih setahun bersama, Aliah mengakui ingin memiliki zuriat bersama Zekri meskipun kedua-dua mereka sudah pun mempunyai cahaya mata sendiri menerusi perkahwinan yang lalu.

Namun setelah dua kali mengalami keguguran sekitar tahun lalu, Aliah atau lebih mesra dengan panggilan Vee memberitahu, mereka kini lebih reda untuk menerima keadaan itu dengan hati yang lebih terbuka.

Bahkan mereka tidak lagi bercadang untuk memiliki cahaya mata memandangkan usia kedua-duanya telah pun meningkat namun dalam waktu yang sama, mereka tidak menolak seandainya ianya dikurniakan Ilahi.

"Saya dan suami memang nak anak sangat tapi sayangnya tahun lalu, saya mengalami dua kali keguguran. Mungkin tak ada rezeki lagi kot. Jadi mahu tak mahu, kami terpaksa terima keadaan itu dengan seadanya. Lagipun, usia kami pun dah meningkat. Jadi, rasanya tak sesuai kot memiliki anak pada usia yang macam ni.

"Apapun, kami bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan terhadap kami sebelum ini. Saya ada lima anak hasil perkahwinan lalu dan suami juga ada dua orang anak. Jadi biarlah tumpuan kami kini hanya pada anak-anak yang sedang membesar ini," katanya membuka bicara mengenai mahligai yang baru dibinanya itu.

Bahagia dengan apa yang dimiliki hari ini, Aliah menganggap segala yang singgah dalam diari kehidupannya yang lalu merupakan satu ujian buatnya untuk terus cekal sebagai individu di muka bumi ini.

Mengulas mengenai imej dirinya yang kembali bertudung selepas bergelar isteri, kata wanita berusia 38 tahun ini, semuanya dilakukan bersebab.

"Saya memakai semula tudung tahun lalu selepas berkahwin. Bukannya disuruh oleh suami atau sesiapa tapi dengan kerelaan saya sendiri. Saya mengaku selepas bercerai dengan bekas suami pertama, saya memberontak.

"Jadi saya tak bertudung tapi akibatnya saya yang rugi malah saya tahu impaknya. Sekarang saya dah kembali tenang. Saya juga turut berbincang dengan suami tentang perkara itu dan akhirnya dengan rela hati saya memakai semula," katanya yang baru sahaja menerbitkan drama bersiri seram, Mantera Anjasmoro yang akan ditayangkan di slot Seram TV3 mulai Mac ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.