Hint, hint. Adakah Abby Abadi bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dengan Zul? Sejak penceraiannya dengan bekas suami, Norman Hakim, Abby Abadi memang diketahui ramai amat rapat dengan Zul, yang juga seorang pelakon.
Namun, dalam perkhabaran terbaru Abby Abadi nampaknya sudah terbuka untuk bercerita tentang perkahwinan bersama anaknya. Al-kisahnya, anak Abby Abadi yang kedua, Marissa Dania Hakim berkongsi cerita dengan ibunya mengenai mimpi. Topik perbualan amat menarik, ikut dialog mereka selepas ini.
Petanda ringkas, namun memberi 1000 makna buat Abby Abadi. Kami pasti, wajah Abby Abadi pada hari tersebut ceria, senyum lebar hati bunga-bunga.
Dalam update terbaru Abby di Facebook, dia berkongsi pula mimpi terkini yang telah dipatuk ular. Kata orang tua, kalau masih single dan mimpi dipatuk ular, maksudnya tanda-tanda untuk melangsungkan perkahwinan makin dekat. Ehem, adakah Abby sebenarnya nak beritahu yang dia akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat? Kita nantikan sahaja.
Andai kata betul, kami ucapkan tahniah buat Abby & Zul. Bukan apa, kesian juga tengok Abby keseorangan membesarkan anak-anak. Kalau ada Zul, sekurang-kurangnya dapat ubati kesunyian.
- ohBulan
0 comments:
Post a Comment