Sejauh Mana Kebenaran Mengatakan ADUN Kuala Nerang Muflis.. Jom Kita Terjah!!

ALOR STAR, 22 Okt — Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata, wakil rakyat itu membuat pembayaran hutang caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak lapan tahun lalu.

“Soal pembayaran hutang syarikatnya masih dilakukan oleh Syed Sobri bermula 2002 hingga sekarang,” kata Sobri Sudin pada sidang media di sini hari ini.

Kata beliau, dakwaan bahawa Syed Sobri diisytihar muflis seperti yang dilaporkan adalah tidak benar.

Sobri berkata, isu itu sengaja direka oleh pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan Syed Sobri dan sekali gus mahu mengambil alih kerusi ADUN itu melalui pilihan raya kecil.

Katanya, Syed Sobri juga tidak menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Oktober lalu seperti yang disiarkan oleh The Malaysia Insider dan laporan bahawa mahkamah itu mengisytiharkan muflis ke atas ADUN itu juga tidak benar.

“Saya kira ada pihak yang sengaja hendak menjatuhkan beliau dan mahu mengambil kerusi ADUN daripada beliau,” kata beliau dipetik Bernama.

Sobri berkata, isu itu sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan Syed Sobri pada Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung.

“Ada laporan yang menyatakan Syed Sobri dihalang masuk bagi menyertai perhimpunan Agung Umno yang berlangsung semalam ekoran status beliau yang muflis juga tidak benar.

“Ini kerana beliau turut serta dalam perhimpunan itu dan mendengar ucapan perasmian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Beliau berharap tiada lagi pihak-pihak yang membuat kenyataan yang tidak berasas sehingga boleh menjatuhkan imej ADUN Kuala Nerang itu.

Dalam laporan kelmarin, The Malaysian Insider menyebut, Syed Sobri dari Umno-BN diisytihar bankrap minggu lalu ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman KWSP, sekali gus menimbulkan kemungkinan membuka ruang kepada satu lagi pilihan raya kecil.

Kerusi disandang Syed Sobri, yang pernah berhadapan dengan isu yang sama dua tahun lalu, boleh diisytihar kosong jika gagal menjelaskan hutang itu kepada KWSP.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan wakil rakyat dari Kedah itu, yang didakwa bersama tiga defendan yang lain termasuk syarikatnnya, sebagai muflis Jumaat lalu.

Bagaimanapun di peringkat minggu lalu, mahkamah dikatakan hanya mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis selaku salah seorang pengarah syarikatnya.

Beliau dipercayai akan membuat rayuan.

Syarikatnya dipercayai gagal menjelaskan baki caruman lebih RM700,000. KWSP dikatakan membawa kes itu 2003.

Syed Sobri juga memberitahu The Malaysian Insider menafikan beliau muflis sambil berkata, ia sengaja disebarkan oleh musuh politiknya.

“Semua terkawal, semua OK, saya tidak tahu siapa yang buat perkara ini.

“Tiada masalah, saya tidak tahu mengapa ini berlaku. Saya anggap ini satu fitnah pembangkang menjelang Perhimpunan Agung Umno,” kata beliau.

Perhimpunan Agung Umno 2010 bermula kelmarin.

Sambil menegaskan perkara ini secara terus-menerus dan sengaja disebarkan oleh pihak tertentu, Syed Sobri berkata, beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Pada awal November 2008, beliau dikatakan hampir muflis kerana hutang bank.

Bagaimanapun menurut Syed Sobri ketika itu, beliau sudah pun menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000.

Oleh itu katanya, peguam beliau juga telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan 3 November 2008, mengisytiharkan dirinya muflis.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.