Tepatkah Sekolah Untuk Pelajar Hamil Dinamakan Sekolah Harapan? Dibuka Pagi ini Walau Belum Ada Pelajar - KM Melaka


MELAKA - Sekolah untuk remaja hamil dikenali sebagai Sekolah Harapan akan memulakan operasi esok walaupun sehingga kini masih belum mempunyai pelajar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, Sekolah Harapan sepatutnya mula dibuka hari ini namun ditunda esok kerana hari ini merupakan cuti umum Hari Malaysia.

"Walaupun belum ada pelajar, sekolah ini tetap akan dibuka bermula pukul 10 pagi Jumaat ini (esok).

"Kita akan buka sekolah ini dulu, selepas ini sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan dan segala maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Bendahara di sini semalam.

Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.