TIDAK pernah dibayangkan oleh Nazril Irham atau Ariel untuk merayakan Aidilfitri di sebalik jeriji besi. Namun begitu dengan tempoh lanjutan 30 hari keatasnya, Ariel kemungkinan besar akan beraya di penjara.
Bagaimanapun, seperti dipetik DetikHot.com, pihak polis Indonesia memberitahu bahawa mereka belum memutuskan secara rasminya nasib Ariel pada hari raya nanti, namun kemungkinan besar dia akan terus ditahan bagi siasatan.
Jika penyanyi Mungkin Nanti ini terus ditahan, dia akan merayakan Aidilfitri bersama tahanan yang lain dan menurut sumber daripada pihak polis Indonesia seperti tahun sebelumnya, tiada sebarang acara sambutan yang dilakukan di sana.
Selain itu, tiada keistimewaan yang diberikan pada hari tersebut, waktu lawatan juga yang diberikan juga seperti hari-hari biasa.
salam brother..
ReplyDeletesemoga dia sedar kesilapannya sewaktu dipenjara nanti.. Allah itu mha pengampun..
kita tiada hak untuk menghukum dia walaupun
dia besalah.. berilah dia peluang untuk bertaubat
InsyaAllah semoga ramadhan ini dirinya lebih
dekat pada-Nya