Ketua Bahagian UMNO Di Kelantan Ada Skandal Seks Dengan Ahli Sendiri, Syarat Luluskan Permohonan Bantuan?

KALAU berjalan lancar, Umno Kelantan bakal dikejutkan satu berita besar yang memalukan seluruh parti Melayu berkenaan dan sekaligus mengaibkan juga Tok Empat Umno Kelantan, (Ketua Umno Kelantan) Mustapa Mohamed. Ceritanya ialah mengenai tindakan seorang ketua Umno bahagian yang dikatakan telah menerima rasuah seks dari seorang ahli wanita juga dari parti berkenaan.

Buat masa ini pihak yang sedang mengumpul maklumat mengenai kejadian itu sudah memperolehi lebih 90% bahan-bahan bukti untuk dibawa ke tengah termasuk kepada Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Antara bahan bukti ialah perbualan (SMS) di antara ketua bahagian berkenaan dengan wanita tersebut ketika melakukan rundingan rasuah berkenaan.

Maklumat lanjut sedang dikumpul. Wanita berkenaan juga dimaklumkan bersedia untuk diambil keterangan dan membuat pendedahan. Jika tidak ada aral melintang percakapan 'beramaran' dengan beliau akan dapat diikuti.

Dari sumber yang dipercayai, wanita berkenaan telah pun menyerahkan dirinya kepada ketua bahagian berkenaan di sebuah hotel. Gambar ketua bahagian berkenaan semasa di hotel juga sempat dirakam oleh wanita berkenaan.

Ceritanya begini; wanita Umno berkenaan telah memohon bantuan kewangan sejumlah RM10,000 di bawah skim sebuah institusi yang dikelolakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Untuk mendapat bantuan ini biasalah, wanita berkenaan kena mendapat sokongan PPM - Pegawai Penyelia Mukim kemudian akan disahkan oleh Ketua Bahagian Umno.

Wanita berusia lebih 30an ini - anak dara tualah kiranya, memohon bantuan berkenaan untuk memulakan perniagaan. Dia telah melalui proses biasa. Tetapi selepas lama menanti kelulusannya dia menghubungi atau bertanya ketua bahagian berkenaan.

Ketua bahagian itu telah menjanjikan akan cuba membantunya dengan memberi syarat tertentu sedia untuk melakukan khidmat seks dengannya. Kerana yakin dan terpedaya wanita berkenaan sedia menurut kehendak ketua bahagian berkenaan.

Beberapa bulan selepas menunggu permohonan tetapi tidak diluluskan menyebabkan wanita berkenaan mulai bising. Untuk menutup rahsia itu dari terdedah ketua bahagian berkenaan telah membayar sebanyak RM600 kepada wanita berkenaan dan meminta agar ianya tidak dihebohkan sementara usaha mendapat bantuan RM10,000 itu diusahakan.

Semua rakaman percakapan dan SMS semasa 'rundingan dan tawar menawar' yang berlaku antara ketua bahagian dengan wanita berkenaan dan termasuknya jumlah pemakluman pemberian wang sebanyak RM600 juga disimpan dalam bentuk SMS akan didedahkan wanita berkenaan.

Tunggu perkembangan lanjut.
[wm.kl. 7:00 am 23/08/10]

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.