Umno Mula Menyerang Di Selangor - Pasir: Umno 'bantu' bumiputera bukan kroni


Tanpa berlengah, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar memulakan ceramahnya dalam kempen "Selamatkan Selangor" lewat malam tadi dengan menjelaskan soal hubungannya dengan Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang kini dikatakan berada dalam konflik.

ceramah selamatkan selangor, klang, noh omarDalam pada itu juga, beliau turut mengambil peluang untuk menghentam ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang bertanggungjawab membangkitkan isu konflik di antara Noh dan Mohd Khir.

"Shuhaimi ni. Siapa dia? Wakil rakyat (kawasan sini) sini ke? Kasihan... SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pun belum selesai siasat dia, hendak laga-lagakan saya dengan Datuk Khir Toyo pula," kata Noh (
atas) dalam ucapannya.

Menyentuh isu pasir yang menjadi modal utama bagi ceramah di Taman Sri Andalas, Klang itu, Noh kemudiannya membangkitkan mengapa hanya syarikat tertentu sahaja diberikan lesen untuk melombong pasir di negeri itu.

'KSSB sisih bumiputera'

Beliau menimbulkan persoalan tersebut bagi menangkis dakwaan yang ditimbulkan setiausaha publisiti DAP Tony Pua semalam bahawa Umno mengetengahkan isu pasir apabila tidak lagi mendapat habuan daripada kroni mereka dalam industri perlombongan tersebut.

Noh mendakwa, syarikat milik bumiputera itu disisihkan daripada mendapat peluang melombong daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kerana pemilihan tidak dibuat secara telus.

"Syarikat (Bumiputera) inilah yang patut dibantu. Kita bantu (sebelum ini). Tapi bila kita buat demikian, dia kata kita mementingkan kroni pula.

ceramah selamatkan selangor, klang"Tapi bila mereka memerintah (Selangor), mereka buat lebih teruk lagi," katanya lagi dalam ceramah yang dihadiri seramai kira-kira 500 orang itu.

Dalam serangan balasnya itu juga, Noh mendakwa syarikat yang mendapat lesen melombong pula mungkin dinaungi oleh pemimpin PKR tertentu

"Mungkin ada pemimpin PKR tertentu yang di belakang syarikat ini... Mungkin syarikat ini yang agih keuntungan kepada mereka," katanya.

Ezam: Wujud rasuah dalam BN

Seorang lagi penceramah, Ezam Mohd Nor dalam ucapannya selepas itu bagaimanapun tidak menafikan wujudnya rasuah dalam pentadbiran BN.

bukit selambau by election 060409 ezam"Saya tidak kata semua pemimpin BN tidak rasuah... Tapi tidak semua. Kalau ada rasuah pun, setidak-tidaknya BN sudah memerintah lebih 50 tahun.

"Tapi mereka (Pakatan Rakyat Selangor) baru naik angkat sumpah, sudah ada yang kena tangkap," kata Ezam yang dilantik sebagai senator Dewan Negara selepas menyertai Umno pada Mei 2008 lalu.

Selain Ezam, turut berucap di ceramah yang diadakan di dewan komuniti ituialah ADUN Kuang Shukor Idrus dan juga ketua bahagian Umno Kota Raja Kamaruzzaman Johari.

Turut hadir ialah dua lagi ADUN Umno - Satim Diman (Sri Serdang) dan juga Datuk Abdul Rahman Palil (Sementa), selain beberapa pemimpin parti komponen BN di kawasan itu yang digelar sebagai "bakal wira dalam pilihan raya umum akan datang" oleh pengerusi majlis.

1 comments:

  1. Umno jangan dok jolok sarang tebuan. Kalau yang pakai baju merah, kain merah, tudung merah, bukan takat lembu, tebuan lagi minat ligan sampai dalam kelambu.Tu lah, dah kalah, tak mau mengaku kalah, tu lah dah keluaq pkr masuk umno dah dapat kemudahan tak cukup lagi, tamak pula tu, taboq fitnah sana sini pula tu. orang selangor la ni dah ceredek dah, hang tok sah dok gelembong lah ezam, depa dah tau perangai hang yang suka tikam belakang, makan kawan. orang macam ezam ni layak dia dok dilorong hj taib chow kit saja. noh omar, khir toyo, la ni duit dalam poket dah tak gemboi dah, pening kepala, mana bini minta barang mas pula, hak lama dah tak elok, lusuh, jadi kena tukaq baru.Anak-anak pula dulu naik motosikal 1000cc la ni nak tukar 100c mampuih depa tak mau. Jadi jalan lain tak ada, melainkan kena melalak seluruh selangor supaya rakyat selangor tau hampa semua dah gila meroyan, pengundi selangor dah bagi talak tiga kat hampa, kalau nak balek semula kena kawin cina buta lah.Aku bukan tak kesian kat hampa ni, tapi bila dok ingat hampa hina rakyat macam anjing dulu tu, rasa-rasa nak ludah muka hampa tu.Apa pun, kita amat berharap, tan sri khalid dapat bongkar, bongkar, bongkar segala perbuatan pemimpin umno sewaktu depa perintah dulu. jangan dok diam lagi, kalau depa nak jelajah selangor, pr pun jelajah sama, kalau boleh buat sama-sama, biaq belaga suara. masa tu baru depa sedaq bahawa rakyat dah tak suka kat depa. biaq terkunci mulut noh omar tu, jangan bagi can dia dok melalak lagi.Itulah APABILA PERASAAN HASAD DENGKI BERMAHARAJALELA DIHATI, MAKA BERSEMADILAH NAFSU SYAITAN, JIN APRID DILUBUK HATI MEREKA SEMUA YANG TERLIBAT. Minta dijauhkan Allah PHD ini.Nauzubillah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.