Guan Eng terima teguran Najib dan Muhyiddin

GEORGE TOWN, 24 Julai —Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau menerima dengan baik teguran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kecamannya terhadap Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus.

“Saya terima mesej dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri...saya ucap terima kasih atas mesej tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini hari ini.

Perdana Menteri dalam kenyataan semalam berkata kabinet tidak dapat menerima tindakan Lim yang membuat kenyataan hingga menjatuhkan maruah seorang pegawaipersekutuan.

Najib berkata, Lim sebagai ketua menteri seharusnya membuat teguran berhemah dan secara tertutup.

Pertelingkahan antara Lim dan Nik Ali timbul apabila Ketua Menteri itu didakwa beberapa kali mengeluarkan kenyataan menyerang pegawai terbabit. — Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.