Seorang Anggota Polis Dikelar...

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal cedera di pergelangan tangan apabila dikelar seorang daripada 10 lelaki yang menyamun sebuah kafe siber di Mega Mendung, Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan samun di kafe Internet terbabit bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, 10 lelaki dipercayai anggota satu geng samun sempat melarikan diri. “Bagaimanapun, seorang daripada mereka ditahan selepas bergelut dengan anggota polis terbabit. Ketika hendak menggarinya, lelaki berkenaan tiba-tiba mengelar tangan mangsa dengan sebilah pisau yang disorokkan dalam bajunya,” kata sumber polis.

Hasil pemeriksaan, sebilah pisau dengan pemegang kayu berwarna coklat ditemui pada badan suspek. “Saya percaya lelaki ini menggunakan pisau terbabit untuk mengelar anggota saya, nasib baik mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

-HMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.