ALOR SETAR 29 Julai - Balai Bomba dan Penyelamat Yan yang dibina sejak tiga tahun lalu dengan kos kira-kira RM8 juta dijangka memulakan operasinya pada penghujung bulan depan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Haron Tahir berkata, balai bomba baru itu dibina di atas tanas seluas 3.2 hektar di Kampung Dulang Besar, Yan dekat sini.
"Pembinaannya 98 peratus siap dan dijangka dapat diserahkan untuk memulakan operasi sebulan lagi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JBPM Kedah di ibu pejabat balai bomba negeri di sini hari ini.
Haron yang sebelum ini bertugas di Bahagian Operasi Ibu Pejabat JBPM Putrajaya dilantik memegang jawatan Pengarah JBPM negeri yang baru berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Beliau mengantikan Zainuddin Md. Alip yang bertukar ke Melaka.
Haron berkata, balai bomba yang baru itu akan menggunakan sekurang-kurangnya 28 kekuatan anggota untuk memberikan perkhidmatan kebombaan terbaik kepada penduduk setempat.
Katanya, perkhidmatannya meliputi kawasan dari sekitar Sala hingga ke Tanjung Dawai di Yan.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, JBPM Kedah menerima sebanyak 1,408 panggilan kebakaran dan berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM408 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Menurutnya, kerugian akibat kemusnahan harta benda ekoran kebakaran sepanjang tempoh tersebut ditaksirkan berjumlah RM22 juta dengan kematian seramai tiga orang dan kecederaan enam orang.
"Tempoh enam bulan pertama tahun ini didapati berlaku pertambahan bilangan kebakaran berbanding tahun lalu. Justeru ia menjadi satu cabaran kepada anggota bomba untuk terus mmeberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
"Orang awam juga dinasihati supaya sentiasa berwaspada dengan mengambil langkah-langkah keselamatan kebakaran," ujarnya.
Haron memberitahu, sepanjang tahun lalu, JBPM negeri menghadiri sebanyak 1,709 panggilan kebakaran dengan nilai harta benda yang dapat diselamatkan berjumlah RM280 juta manakala kerugian RM38 juta.
Bilangan kematian pula, katanya, ialah seramai 10 orang dan mangsa yang cedera tiga orang.
Beliau turut menasihatkan anggota bomba supaya menanam dalam diri masing-masing aspek-aspek pengukuhan disiplin, semangat kerjasama, berdaya tahan, pembentukan sikap dan etika kerja cemerlang supaya menjadi kakitangan yang berwibawa serta kompeten.
Menurutnya, anggota bomba juga mesti berani berubah memandangkan masyarakat pada masa ini menuntut perkhidmatan dan prestasi yang cemerlang.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan6 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 30
(12)
- Rahsia Kejayaan Jutawan Malaysia Yang Bercuti Bers...
- Ayu Raudhah Adik Kepada Rozita Che Wan Akan Menama...
- Seorang Anggota Polis Dikelar...
- TGNA: Anwar seorang yang memiliki ketegasan dalam ...
- Di Mana Sahaja Solat Sunat Tetap Tidak Ditinggalka...
- Kickdefella: Cadang Hantar 50 Buah Jumpa TG Nik Az...
- ADUN Pas Dimasukkan Ke ICU
- Bandaraya Bangkok Bergegar Lagi... Bakal Mencetusk...
- PM Najib Cuti Bersebab....
- Orang Sedaka dan Sekitarnya Berbangga Balai Bomba ...
- Paris Hilton Nafi Terima USD1Juta Dari Jutawan Mal...
- Kerabat Raja Kelantan Rentung Terlibat Kemalangan
-
▼
Jul 30
(12)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment