KOTA BARU, 29 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas dari PAS, Che Hashim Sulaiman kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital di sini akibat penyakit barah ususnya yang dihidapi sejak kira-kira setahun lalu.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Nasuruddin Daud mengesahkan mengenai keadaan Hashim itu yang sedang dirawat di ICU Hospital Pakar Perdana di sini.
“Dia sudah masuk hospital sejak dua tiga hari lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Che Hashim pernah menjalankan rawatan susulan untuk barah ususnya di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 2009.
Wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan sebelum beliau pergi ke China, selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Che Hashim berjaya merampas kerusi DUN Galas dari Barisan Nasonal (BN) dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum lepas, apabila beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman. – Bernama
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan6 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 30
(12)
- Rahsia Kejayaan Jutawan Malaysia Yang Bercuti Bers...
- Ayu Raudhah Adik Kepada Rozita Che Wan Akan Menama...
- Seorang Anggota Polis Dikelar...
- TGNA: Anwar seorang yang memiliki ketegasan dalam ...
- Di Mana Sahaja Solat Sunat Tetap Tidak Ditinggalka...
- Kickdefella: Cadang Hantar 50 Buah Jumpa TG Nik Az...
- ADUN Pas Dimasukkan Ke ICU
- Bandaraya Bangkok Bergegar Lagi... Bakal Mencetusk...
- PM Najib Cuti Bersebab....
- Orang Sedaka dan Sekitarnya Berbangga Balai Bomba ...
- Paris Hilton Nafi Terima USD1Juta Dari Jutawan Mal...
- Kerabat Raja Kelantan Rentung Terlibat Kemalangan
-
▼
Jul 30
(12)
-
▼
July
(467)
semoga allah selamatkan che hashim sulaiman,
ReplyDelete