Piala Dunia 2010 : Jerman tewaskan Uruguay 3-2


Jerman merangkul tempat ketiga buat kali keempat di FIFA Piala Dunia selepas mengalahkan Uruguay 3-2 awal pagi tadi (11 Julai). Jerman dilihat terpaksa bekerja keras bagi menyelamatkan maruahnya dalam aksi tempat ketiga.

Kerja kuat Jerman akhirnya membuahkan hasil apabila Sami Khedira menjadi penyelamat daripada menanggung aib berganda selepas kalah kepada Sepanyol di separuh akhir Rabu lepas. Gol kemenangan itu hadir ketika permainan berbaki lapan minit sebelum perlawanan tamat dan memberi anak buah Joachim Low itu mengulangi kejayaan mereka dalam perlawanan yang sama empat tahun lalu.

Permainan bertambah rancak antara kedua-dua pasukan untuk memburu kemenangan tempat ketiga bagi memberi sedikit pengubat luka walaupun hujan lebat turun di Port Elizabeth. Pada minit ke 19 di separuh masa pertama, Thomas Muller memberi Jerman gol pertama bagi mendahului perlawanan sebelum Edinson Cavani menyamakan kedudukan menjadi 1-1 selepas sembilan minat Jerman mendahului 1-0.

Enam minit separuh masa kedua bermula, Jerman tersentak dengan gol kedua Uruguay hasil jaringan Diego Forlan pada minit ke 51 namun Jerman terus mengasak kubu Uruguay bagi mencari gol penyamaan. Lima minit selepas gol Uruguay, Marcell Jansen menyamakan kedudukan 2-2.

Lapan minit sebelum perlawanan tamat, Sami Khedira menjadi pemusnah pasukan Uruguay apabila menjaringkan gol kemenangan Jerman 3-2. Kelebihan gol itu berterusan sehingga aksi perlawanan tempat ketiga ke wisel penamat.

Jerman yang beraksi dalam Piala Dunia 2010 Afrika Selatan kali ini dibarisi pemain muda telah pun menjaringkan 16 gol mengatasi jaringan ketika kejohanan yang sama di Itali pada tahun 1990, Namun belum boleh menyamai hasil jaringan pada tahun 1970, ketika mereka juga mengatasi Uruguay dengan tempat ketiga.

Perlawanan ini juga memberi Muller dan Forlan menyamai dua lagi pemain David Villa (Sepanyol) dan Wesley Sneijder (Belandan) yang bakal beraksi awal pagi esok (12 Julai) dalam senarai penjaring lima gol bagi merebut penjaring terbanyak untuk menggapai anugerah Kasut Emas. Tetapi mungkin perlawanan awal pagi esok memberi kelebihan kepada David Villa dan Wesley Sneijder untuk tersenarai selaku penjaring terbanyak.




Keputusan tempat ketiga dan keempat (11 Julai 2010)

Uruguay

Edinson CAVANI (28')

Diego FORLAN (51')



2 - 3





Jerman

Thomas MUELLER (19')

Marcell JANSEN (56')

Sami KHEDIRA (82')




Jadual perlawanan akhir (12 Julai 2010 - 2:30 Pagi)

Belanda



vs



Sepanyol



- Stadium Soccer City, Johannesburg



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.