Pagi-pagi begini sibuk sedikit untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Aku cuba menghubungi sepupuku untuk memperolehi maklumat terkini dan proses seterusnya. Setelah mendapat maklumat bahawa jenazah akan dikebumikan pada pukul 12.00 tengahari. Aku berusaha untuk sampai ke rumah mak saudaraku ini , Insya Allah pukul 10.00 nanti.
*******************************************
Dalam minggu ini pelbagai dugaan bagiku.. Ayahku kini masih kurang sihat dan dirawat di Hospital Yan kerana masalah jantung. Sudah dua hari ayahku diwad. Nampaknya semakin pulih.. Sakit ayah mula dikesan dua bulan yang lalu setelah dirawat di Kedah Medical Centre (KMC), sebelum ini ayah dibawa menjalani rawatan susulan di KMC. Aku tahu ayah cukup sukar untuk ke hospital.. Mungkin takut agaknya?? Aku cuba memujuk ayah untuk ke hospital kerana ku lihat ayah sukar untuk menjamah makanan dan nampak terlalu letih dan sukar bernafas kerana masalah penat dan cirit. Aku beritahu, "Kita pi tambah ayaq saja, bagi kuat sikit" Akhirnya ayah bersetuju.. Selepas solat Insya' adikku dan abang sulung membawanya ke hospital Yan, aku mengiringi kemudian.
Sesampai di Hospital Yan, aku berjumpa doktor dan berbincang. Doktor menyarankan agar ayah ditempatkan di wad memandangkan masalah kesihatannya. Aku beritahu ayah apa yang dicakapkan oleh Doktor, ayah bersetuju.. alhamdulillah.
Kelmarin kenduri di rumah sepupuku di Sungai Petani tidak dapat ku hadiri... Hanya kemaafan yang kupohonkan kerana menjaga ayah di hospital. Abangku dari Perak turut balik menjaga ayah di hospital. Anak2 ayah yang jauh mula balik... Petang kelmarin ramai sangat saudara mara yang datang melawat ayah di wad hinggakan habis waktu melawat masih lagi yang datang... Terima kasih kepada pengawal keselamatan dan kakitangan hospital Yan yang bertolak ansur dalam hal ini.
Moga2 sahabat sekelian mendoakan kesejahteraan Ayah.
Takziah buat keluarga Mak saudara Sedaka Sejahtera dan banyaklah bersabar buat Sedaka Sejahtera sendiri akan masalah kesihatan ayahnda saudara. Ini semuanya dugaan darinya. Saya doakan agar ayahnda saudara cepat semboh. Insyaallah......
ReplyDeleteAl-fatihah,,, mudah2an rohnya bersama2 org yg beriman,,,
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebanyak bersabar.
Salam Sahabat,
ReplyDeleteTakziah di atas kembalinya Mak Saudara sahabat ke Rahmatullah.
Dan saya doakan semoga Ayah Ustaz segera sembuh.
Jangan risau, orang sebelah Yan semua kuat2 belaka... insyallah...