KANGAR: Semua premis hiburan termasuk pusat karaoke di sini tidak akan dibenar beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini sebagai menghormati kemuliaan bulan itu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Rosli Mat berkata pihaknya akan memantau kesemua pengusaha premis terbabit bagi memastikan mereka mematuhi arahan tersebut.
"Mereka yang gagal mematuhi arahan itu akan berdepan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita, di sini pada Khamis.
Selain itu MPK juga katanya akan meningkatkan operasi pematuhan lesen ke atas premis hiburan berikutan rungutan masyarakat terhadap kegiatan premis tersebut.
Beliau berkata pihaknya juga akan meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa termasuk polis dan Jabatan Agama Islam Perlis bagi memastikan operasi pusat hiburan di bandar itu mematuhi peraturan. - BERNAMA
alahai setakat bulan posa saja ka? lepas abis posa pakat raya sakan jadi dajjal balik.... tak guna la kalau setakat itu..... sewajibnya haramkan terus sampai kiamat baru betul2 ikut suruhan Allah dan Rasul........
ReplyDelete