Mana Ketua Polis Selangor Berkaitan Isu Curi Pasir ?? Tindakan Dalam Diam Boleh Ka....

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 22 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan kecekapan polis Selangor yang didapati gagal menunjukkan minat dan usaha untuk membanteras aktiviti kecurian pasir walaupun setelah dilaporkan kepada polis secara bertulis dan diberikan bukti yang mencukupi untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Abdul Khalid beliau menerima laporan bahawa pihak polis di Pulau Pinang berjaya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menjalankan aktiviti mencuri pasir di negeri itu, jauh berbeza dengan sikap pihak polis di Selangor.

"Walaupun belum dibanteras sepenuhnya tetapi usaha polis Pulau Pinang yang cekap dan berjaya dalam masa yang singkat patut dipuji. Yang saya hairan mengapa polis Selangor belum bertindak langsung walaupun laporan telah diberi?" jelas beliau kepada media selepas Mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor semalam.

Kata Menteri Besar lagi, satu laporan berkenaan kecurian pasir serta beberapa bukti yang dikumpul oleh kerajaan negeri Pakatan Selangor telah dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan satu salinan telah dihantar kepada Ketua Polis Selangor pada minggu lalu agar tindakan segera dapat diambil.

Namun sehingga hari ini wakil kerajaan Ummno-BN tersebut hanya meneruskan dengan kritikan kecurian pasir tanpa mahu mengambil apa-apa tindakan, dan polis Selangor pula mengambil sikap mendiamkan diri dan berpeluk tubuh sahaja.

"Inilah contoh bagaimana polis di bawah kerajaan Umno-BN memberikan khidmat mereka, yang sepatutnya memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku bukan sahaja berkenaan pasir malah apa jua pelanggaran undang-undang," tegas Abdul Khalid yang jelas kecewa dengan kegagalan polis mengambil tindakan tegas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.