Padah Tinggalkan Anak Dalam Kereta: Perompak Larikan Kereta Dan Dua Anak

KUALA KANGSAR: Dua beradik perempuan berusia enam dan 16 tahun yang dilarikan tiga lelaki bersama kereta ditinggalkan ibu bapa mereka dalam keadaan enjin dihidupkan di sini jam 9.20 malam tadi, ditemui di tepi jalan setengah jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad, berkata dua beradik itu yang ditinggalkan ibu bapa mereka yang memasuki sebuah kedai, ditemui dalam keadaan selamat berdekatan Kati, kira-kira 25 kilometer dari tempat mereka dilarikan.

Katanya, polis juga menemui kereta Honda yang baru sebulan dibeli keluarga berkenaan di Rantau Panjang, Kelantan, jam 4 pagi tadi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.