KUALA LUMPUR: Kegagalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dari menghadiri aktiviti pergerakan itu, terutama bahagiannya terus menimbulkan tanda-tanya.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sebagai pemimpin yang pernah menjawat jawatan tertinggi parti dan juga pentadbiran negeri Selangor dan Pusat, perlu memberikan contoh terbaik supaya boleh dicontohi orang lain.
Beliau mendakwa tindakan Muhammad yang dilaporkan dua kali tidak menghadiri mesyuarat bahagian serta tidak pernah menghadiri mesyuarat perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan kegagalannya menunjukkan komitmen terhadap kerja dan melaksanakan tanggungjawab.
"Beliau telah beri contoh terburuk sebagai seorang pemimpin yang begitu berpengalaman, dan juga contoh terburuk dari segi kepimpinan apabila dilihat tidak mengambil peduli mengenai bahagian yang diketuai, sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan sebarang aktiviti," katanya di sini pada Ahad.
Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib merupakan bekas Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997, dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah hampir setahun dari Mac 2008 hingga April 2009, adalah juga bekas naib presiden Umno dan bekas pengerusi badan perhubungan Umno Selangor serta bekas ketua penerangan Umno, didakwa telah tidak aktif dalam politik sejak kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden Umno pada Mac tahun lepas.
Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, malah Muhammad yang merupakan bekas ketua Umno Hulu Selangor sejak 1982 hingga 1998, juga dilaporkan tidak memberikan kerjasama semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.
"Janganlah hanya dengan sedikit kekecewaan kita bertindak keterlaluan sehingga sikap yang ditunjukkan lebih buruk daripada mereka yang tidak berjawatan tetapi tetap komited dalam perjuangan," katanya.
Mohd Puad berkata sehubungan itu beliau akan membawa isu tersebut ke pengetahuan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) dalam masa terdekat agar satu penyelesaian segera dapat dilakukan.
Beliau berkata MT tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlarutan di mana keputusan segera mengenai kedudukan Muhammad sebagai Ketua Bahagian perlu diputuskan demi kebaikan bersama.
"Saya akan bawa isu ini ke mesyuarat MT terdekat dan terserahlah kepada Jawatankuasa Pengurusan parti untuk menentukannya tetapi yang pasti perlu ada keputusan apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah itu, apatah lagi Umno dan Barisan Nasional (BN) kini menjadi pembangkang di Selangor," katanya.
Kedudukan Muhammad sebagai Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya mula dipersoalkan apabila baru-baru ini terdapat saranan daripada anggota bahagian itu agar beliau melepaskan jawatannya dengan segera kerana gagal menunjukkan komitmen terhadap kerja-kerja parti.
Mereka juga mendakwa beliau gagal mengetuai parti dalam merealisasikan semua objektif dan fungsi yang ditetapkan.
- BERNAMA
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan6 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 18
(11)
- Pelakon Rozita Che Wan Akan Berkahwin Lelaki Bujan...
- Editor Suara Keadilan Disoalsiasat Polis Hari Ini
- Ke Mana Perginya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib? Ga...
- KSSB Sangkal Kenyataan Menteri bab pilih kasih, am...
- Bila Dah Kantoi Inilah Cakapnya: "Pemimpin Umno, P...
- Norman KRU Mengamuk Di Pasar Malam Taman Selayang ...
- Ku Li Telah Ramal Bila Pilihanraya Umum ke 13 Akan...
- Dua tokoh tahfiz, syariah terima anugerah Kolej Is...
- Saya tak pernah bohong S/U Agung FAM Dalam Isu Pel...
- DAP terus agresif Daftar Pengundi Baru... Pakatan ...
- Keputusan Terkini: TM Liga Super 17 Julai 2010 - K...
-
▼
Jul 18
(11)
-
▼
July
(467)
Didalam umno, jika seseorang itu tidak ada jawatan penting dalam parti lagi, samalah dengan pepatah melayu HABIS MADU SEPAH DIBUANG. begitulah jadinya kepada pemimpin-pemimpin umno yang terdahulu. pandangan dan pendapatmu tidak diterima lagi, sebab kamu orang bawahan dah.
ReplyDelete