PKA minta LHDN batal surat arahan bayar cukai

Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) memutuskan untuk menulis surat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untukvmembatalkan surat yang mengarahkan mereka mengutip hutang daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd, kata Pengerusinya Datuk Lee Hwa Beng (bawah, kiri).

Beliau berkata PKA tidak berhutang kepada Kuala Dimensi kerana pengurusan pelabuhan yang terdahulu telah menyerahkan hutang itu kepada syarikat tujuan khas (SPV).

"Pendapat undang-undang ialah kami telah menyerahkan semua hutang yang perlu dibayar kepada KDSB (Kuala Dimensi), kepada SPV.

"Itu bermakna tiada lagi jumlah yang sepatutnya perlu dibayar kepada KDSB.

Pengurusan terdahulu PKA, telah menyerahkan hutang kepada SPV, tiada jumlah yang sepatutnya perlu dibayar kepada KDSB atau apa-apa sahaja," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas lembaga, semalam.

Dilaporkan terdahulu LHDN mengarahkan PKA untuk meremit RM328.4 juta yang didakwa dihutang oleh Kuala Dimensi, kontraktor Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dalam cukai tertunggak.

SPV itu terdiri daripada Transshipment Megahub Bhd, Valid Ventures Bhd, Special Port Vehicle Bhd dan Free Zone Capital Bhd, terlibat dalam usaha Kuala Dimensi untuk mengumpul RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ.

Sebelum ini dilaporkan bahawa PKA perlu membayar RM230 juta kepada Transshipment Megahub dan RM120 juta kepada Valid Ventures menjelang esok.

Sebanyak RM373 juta akan dibayar pada bulan depan kepada SPV dan Free Zone Capital oleh PKA.

"Sebaik sahaja PKA menerima surat daripada LHDN, membatalkan arahan untuk membayar Kuala Dimensi cukai tertunggak, ia akan membayar syarikat tujuan khas itu," kata Lee.

Apabila ditanya sekiranya LHDN tidak membatalkan surat itu, beliau berkata: "kami terpaksa mengadakan satu lagi mesyuarat khas lembaga."

Projek PKFZ bernilai RM4.6 bilion di kawasan seluas lebih 400 hektar di Pulau Indah, dekat Westport, terdiri daripada lot terbuka bagi kilang, rumah gudang, unit kilang teres, hotel kelas perniagaan dan ruang pejabat.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.