TV Selangor yang memetik sumber berkata Anwar telah memperolehi kelulusan khas daripada speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Mulia untuk membahaskan isu itu pada 8 Jun, sebelum ketua umum PKR itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan kebebasan Parlimen pada hari yang sama.
Umno meng
Walaupun berhadap dengan kemungkinan digantung dari parlimen, Anwar tetap bertekad untuk mencabar keputusan kerajaan menyerahkan dua pelantar minyak yang dianggar bernilai RM320 bilion kepada Brunei, sekaligus menafikan rakyat Sabah dan Sarawak daripada mengecapi hasil lumayan itu.
Malaysia mendakwa sebagai balasan pemberian itu, Brunei menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang, namun hakikatnya ialah Brunei tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi menarik balik tuntutannya itu.
Ahli Parlimen
"Ini Dewan Rakyat dan tentulah satu perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai di mana kerajaan perlu memberi penjelasan yang memuaskan berhubung kedudukan Limbang kerana adalah tuntutan kedaulatan Limbang oleh Sultan Brunei" ujar beliau.
Kit Siang yang juga penasihat DAP berkata, walaupun keputusan untuk membenarkan atau pun tidak usul tersebut dibahaskan pada sesi parlimen kali ini, semuanya terletak di tangan speaker dan juga perdana menteri.
"Sama ada Datuk Seri Anwar akan diberikan peluang untuk mengemukakan satu usul akan bergantung kepada pendirian kerajaan Barisan Nasional. Sampai sekarang kita tidak tahu bagaimana pendirian perdana menteri dan sebab itu kita menggesa perdana menteri untuk menyetujui bahawa perkara ini adalah perkara yang penting dan patut mendahului urusan parlimen" ujarnya lagi.
Katanya kerajaan harus memperakui kelemahan namun dalam masa yang sama menggantikannya dengan ketelusan.
"Kami boleh bersetuju jika pihak kerajaan sendiri yang membawa usul satu bentuk pembentangan kertas putih, maknanya kami boleh terima kalau mereka kata mereka belum bersedia menerima usul dari ketua pembangkang atau dari mana-mana ahli parlimen pembangkang".
0 comments:
Post a Comment