Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan seorang bapa untuk membatalkan perintah penangkapan dan penahanan anak lelakinya mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana didakwa terlibat dalam kes samun dan curi motosikal.
Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh turut membenarkan permohonan M Panir Sevam, 54, mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus untuk membebaskan dan melepaskan anaknya yang berumur 18 tahun itu daripada sekatan dan syarat sekatan yang telah dan akan dilaksanakan.
Mohd Zawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas tiada bantahan ke atas permohonan itu (semakan kehakiman) daripada Peguam Kanan Persekutuan Mohd Zin Ismail yang mewakli Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negeri Sembilan, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
Peguam Daniel Albert yang mewakili pemohon, memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa semua pihak perlu memfailkan afidavit masing-masing sebelum perbicaraan berlangsung.
Katanya, kes itu akan disebut 28 Jun di hadapan Timbalan Pendaftar.
Panir Sevam memfailkan permohonan itu pada 19 April lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau memohon satu deklarasi bahawa perintah di bawah Seksyen 4A(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 bertarikh 11 Mac lalu oleh responden pertama (Timbalan Menteri Dalam Negeri) adalah batal, tidak sah dan tidak berkuatkuasa.
Panir Selvam juga memohon certiorari untuk membatalkan perintah tersebut dan perintah mandamus terhadap kesemua responden untuk melepaskan dan membebaskan anaknya yang ditahan ketika berusia 17 tahun daripada sekatan dan syarat sekatan yang telah dilaksanakan dan/atau akan terus dilaksanakan melalui perintah ordinan tersebut serta menuntut gantirugi.
Di dalam penyata permohonannya, Panir Selvam mendakwa anaknya ditahan pada 21 Dis tahun lalu dan dibawa ke balai polis Beranang sebelum dipindahkan di balai polis Kajang keesokannya.
Beliau mendakwa anaknya telah dipukul semasa dalam tahanan dan pada 26 Dis tahun lalu anaknya direman sekali lagi sebelum dibawa ke balai polis Rawang.
Pada 5 Jan lalu, anaknya dibawa pula ke balai polis Seremban dan seterusnya pada 12 Jan, di bawa pula ke balai polis Kajang untuk ditahan di bawah Ordinan Darurat selama 60 hari.
Bermula dari hari itu (12 Jan lalu), anaknya ditahan di Pusat Tahanan Semenyih dan pada 11 Mac dibawa semula ke balai polis Kajang dan di situ, Panir Selvam dimaklumkan bahawa anaknya dikenakan satu perintah sekatan.
Pemohon mendakwa ordinan tersebut tidak boleh digunakan ke atas kanak-kanak/orang belum dewasa berdasarkan Akta Hak Kanak-kanak 2001.
-Bernama
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
May
(332)
-
▼
May 26
(12)
- Tanah KTMB Boleh!!: Kenapa tidak serah royalti pad...
- Kenapa & Mengapa: 'PKR Kurang Mesra Melayu'
- Kes Aminul: Polis diminta akui kesilapan, 'tak pol...
- "Ganjaran Apa Samy Vellu Mahu"??? Anak Samy: ‘Ayah...
- Lesen Judi: Dua mufti sudah terima memo PAS - DPP ...
- GMJ: Platform Baru Bantah Judi di Kedah
- Mahkamah benar semakan tahanan Ordinan Darurat
- Anak Samy Vellu Pertahan Dakwaan Terhadap Umno.. T...
- MIC Sudah Jadi Lembu Tua Dalam BN
- Serah 2 Pelantar Minyak Ketua Pembangkang Tuntut P...
- Dato’ Bashah cipta isu untuk ‘Syok Sendiri’
- Kenari Seri Di Laman Sendiri... Keputusan TM Liga...
-
▼
May 26
(12)
-
▼
May
(332)
0 comments:
Post a Comment