Seperti yang saya tegaskan sejak PRK Bagan Pinang peraturan undi pos dan perlaksanaanya adalah terlalu lemah dan mudah untuk di manipulasi. Dibawah ini saya nyatakan beberapa perkara sebagai bukti kepada pandangan saya ini.
1. Petugas SPR sebagai pengundi Pos
SPR boleh mengiktiraf petugasnya sebagai pengundi pos. Penolong Pengurus Pilihanraya (PPP) boleh menerima permohonan petugas sehingga ke saat akhir pengundian. Tiada limit tarikh ditetapkan. Oleh kerana SPR tiada sistem online terhadap data pemilih di pusat-pusat pengundian maka petugas SPR sebenarnya boleh mengundi dua kali. Satu sebagai pengundi pos dan keduanya sebagai pengundi awam. Setakat ini SPR tiada sistem untuk menghalang mereka untuk mengundi sebanyak dua kali. Yang ada hanyalah pemantauan ejen parti yang bertanding sahaja. Jika ejen ini lemah maka petugas SPR mempunyai ruang untuk mengundi dua kali.
2. Petugas SPR membawa balik kertas undi
Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini lebih daripada 200 orang petugas SPR membawa balik kertas undi. Apakah tujuannya ? Bukankah membawa balik kertas undi akan membawa kepada penjualan kertas undi kepada pihak luar. Team undi pos di Sibu dapat mengesan beberapa individu yang disyakki menjadi ejen membeli kertas-kertas undi ini. Maka pemantauan terhadap beberapa inidividu ini telah dilakukan. Al-hamdulillah berjaya.
Team Undi Pos Sibu telah dapat mengambil gambar beberapa pengundi pos kononnya petugas SPR tetapi gayanya semacam penjual VCD dan semacam pelajar sekolah . Mereka ada yang telah mengundi dan ada yang cuba mengundi tetapi gagal. Suatu insiden telah berlaku dimana 3 orang pemuda cina berumur dari 15 hingga 25 tahun cuba untuk mengundi. Team Undi Pos telah meminta kad pengenalan tetapi mereka memberi alasan kad pengenalan berada dalam kereta. PPP telah meminta mereka mengambilnya. Sehingga tempoh pengundian di tutup tiga orang pengundi ini tidak muncul-muncul.
Insiden kedua team undi pos telah bertanya kepada pengundi pos apakah mereka petugas SPR. Jawapnya beliau adalah seorang wayar man dan bukan petugas SPR. Persoalannya bagaimana mereka boleh dapat kertas undi ini dan bagaimana mereka seolah-olahnya menjadi wakil kepada petugas SPR untuk mengundi.
Team undi pos menyedari semacam adanya sindekit membeli kertas undi ini. Maka kawalan ketat telah dibuat. Kenyataan media telah di buat oleh DEPSI. Akhirnya al-hamdulillah 190 daripada 290 kertas undi petugas SPR telah berjaya disekat. SPR harus dipersoal mengapa petugasnya sendiri gagal menghantar 65.52 % dalam PRK Sibu. Sebagai petugas SPR mereka harus bertanggungjawab terhadap kertas undi mereka. Kemana 65.52% kertas undi pos petugas hilang. Sila jawab SPR.
3. Petugas SPR bukan sebagai pemilih
Terdapat seorang petugas SPR bernama Justin Leo B. Lewis No Kad Pengenalan 540131-13-5063 telah didaftarkan sebagai pengundi pos tetapi beliau sebenarnya bukanlah seorang pemilih yang sah. Bagaimana seorang pemilih yang tidak sah boleh diterima sebagai pengundi pos petugas SPR. Mengikut prosesnya mereka memohon kepada SPR untuk menjadi pengundi pos. Permohonan beliau ini diluluskan sedangkan beliau bukan pemilih. Atas asas apa SPR meluluskan beliau sebagai pengundi pos? Saya minta SPR jawab perkara ini.
4. Undi yang berlebihan mengikut kod
Terdapat 3 kod yang mempunyai undi yang lebih dibandingkan dengan undi yang telah dikeluarkan :
Kod 708(Unit Udara PDRM). Undi dikeluarkan 6 tetapi undi yang diterima 24
Kod 429 (Unit Tentera Darat). Undi dikeluarkan 160 tetapi undi yang diterima 161
Kod 431(Unit Tentera Darat). Undi dikeluarkan 47 tetapi undi yang diterima 55
Undi yang diterima mestilah kurang atau sama dengan undi semasa dikeluarkan. Jika undi yang diterima lebih maka ada sesuatu yang tidak kena. Bantahan telah dibuat oleh team undi pos tetapi SPR tidak melayannya atas alasan bahawa kod ini diwujudkan untuk panduan kepada petugas sahaja. Saya minta SPR jawab isu ini, kenapa kertas undi tersebut berlebihan? Adakah sesuatu telah berlaku?
5. 1040 undi Tentera dan Polis Tampa Kawalan Ejen PR
Terdapat 1040 undi tentera dan polis tidak dapat dikawal oleh ejen PR. Ini kerana mereka berada di luar Sibu. Jabatan Rekod dan Pencen tentera kononnya telah menghantar kepada pihak terbabit. Apakah yang berlaku semasa penghantaran tersebut. Apa jaminan tiadanya penyelewengan telah berlaku.
6. Saksi Tentera Meragukan
Terdapat beberapa pegawai tentera yang mempunyai tandatangan berbeza dalam borang 2. Bagaimana seorang saksi yang sama mempunyai tandatangan yang berbeza. Ini sesuatu kemuskilan yang perlu dijawab oleh angkatan tentera Malaysia (ATM). Jika tandatangan pegawai pun boleh menjadi kemuskilan, rakyat kuatir ATM tidak dihormati rakyat suatu masa nanti.
7. Kempen Dalam Kem Tentera
Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah dibenarkan memasukki Kem di Sibu. Terdapat dua Kem di Sibu Oya Batu 14 dan Kem Rescom Batu 10. PM telah dapat bertemu dengan anggota tentera di sana. Atas nama Perdana Menteri beliau telah berkempen dengan anggota tentera. Calon PR tidak dapat peluang tersebut. Minta SPR beri jawapan kenapa insiden Bagan Pinan berlaku semula di Sibu? Pemimpin BN boleh masuk Kem tetapi calon PR tidak boleh masuk Kem.
8. Terdapat Sampul B Tidak Berkod.
Dalam kumpulan 7 Undi Pos yang saya sendiri menjadi ejennya, terdapat lebih 50 sampul B yang tidak berkod. Saya perhatikan mereka terdiri daripada petugas SPR dan pihak polis. Mengapa SPR tidak meletakkan kod sedangkan mengikut panduan yang telah diberikan oleh SPR sendiri sampul B mestilah diletakkan kod. SPR memberi alasan kod bukan alasan untuk menolak undi pos. Jika kod tidak penting untuk mempastikan keselamatan undi pos mengapa buku panduan undi pos meletakkan kod sebagai perkara yang penting ? Bukankah ini mekanima untuk mengelakkan penipuan?
- Suhaizan Kayat
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia
0 comments:
Post a Comment