Akibat kenyataannya itu, beliau digantung dari menghadiri sidang dewan selama 10 hari.
Bercakap dalam suatu sidang media di lobi Parimen, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kenyataannya itu adalah suatu hak sebagaimana menurut pada aturan mesyuarat 18.2, memandangkan Pandikar Amin acap kali mengetepikan usul-usul Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Menganggap hukuman yang dialami itu sebagai sesuatu yang tidak adil, beliau turut menyindir Pandikar Amin.
"Barangkali Tuan Speaker perlu berehat," beliau menambah.
Bercakap pada sidang media yang sama, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berkata, sekiranya Pandikar bersikap adil dan menunaikan hak sebagaimana termaktub dalam Aturan Mesyuarat, kritikan ke atas beliau tidak akan berlaku.
Beliau turut menyuarakan rasa simpati dengan hukuman yang dikenakan ke atas Karpal.
Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua mempersoal kredibiliti Pandikar Amin kerana menolak suatu usulnya pagi tadi di Dewan Rakyat.
Ekoran itu, Dewan Rakyat menjadi kesoh.
Kekecohan tersebut kemudiannya mendorong Karpal melabelkan Pandikar Amin sebagai diktator.
Menyedari teguran itu, Pandikar Amin mencabar Karpal mengulangi kenyataannya itu.
Karpal secara jelas mengatakan Pandikar Amin cuba menjadi seorang diktator di Dewan Rakyat.
******************************************************************************
Dari sumber MalaysiaKini
Karpal diarah keluar Dewan, gantung 10 hari | ||
|
Karpal Singh (DAP-Gelugor) hari ini digantung daripada Dewan Rakyat selama 10 hari berikutan tindakannya menyalahkan speaker yang didakwanya tidak mengikut keputusan yang dibuat sebelum ini. Pandikar kemudiannya mengarahkan Tian supaya duduk, namun Karpal pula menghidupkan mikrofonnya dan berkata speaker telah melanggar keputusan yang pernah dibuatnya sendiri sebelum ini. Karpal mengulangi kata-katanya itu sebanyak enam kali dan juga menggelarkan speaker dengan sebagai 'diktator'. Pandikar memintanya mengulangi gelaran itu yang dipatuhi Karpal. Tindakan itu membawa padah apabila Pandikar mengarahkannya keluar dewan. Pandikar juga memutuskan Karpal digantung daripada parlimen bagi tempoh 10 hari. Tindakan itu kemudiannya menerima bantahan daripada wakil-wakil pembangkang. Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) kemudiannya bangkit dan berkata keputusan speaker itu tidak adil. Pandikar kemudiannya berkata, beliau akan berlaku adil dan memutuskan untuk membuka undian secara belah bahagi ke atas usul yang dibawa oleh Tian. Usul itu bagaimanapun ditolak apabila hanya 56 ahli parlimen menyokong usul berkenaan, berbanding 82 yang menentang. |
0 comments:
Post a Comment