Orang ramai berpeluang mempelajari dan mendalami ilmu astronomi, sekaligus menjadikannya subjek riadah untuk seisi keluarga di Menara Alor Setar di sini, bermula Khamis hingga Sabtu.
Pengurus Besar Menara Alor Setar, Mazlan Mahmud berkata, program Eksplorasi Angkasa Menara Alor Setar itu, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai bidang astronomi melalui beberapa aktiviti seperti pengenalan roket air, teleskop dan astro-fotografi, sains dan angkasa.
"Peserta juga dapat mendekati keajaiban angkasa lepas dengan penglihatan melalui teropong jauh dan dengan mencerap ke langit beberapa sudut gambaran menarik dapat dirakamkan yang dikenali sebagai astro-fotografi.
"Selain itu, penganjur juga dapat menyampaikan maklumat mengenai ilmu falak yang juga dikenali sebagai ilmu kaji bintang dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian program berkenaan, di sini hari ini.
Katanya, antara program yang berlangsung hari ini ialah pertandingan pelancaran Roket Air yang menawarkan hadiah RM200 untuk juara, naib johan (RM100) dan tempat ketiga (RM50).
Mazlan berkata, kira-kira 50 peserta menyertai pertandingan itu dengan yuran pendaftaran sebanyak RM25 untuk setiap pasukan yang dianggotai lima orang.
Selain itu, katanya, bagi acara Star Track Camp, ia terbuka kepada kanak- kanak 13 tahun ke atas dengan bayaran RM60 seorang dan peserta akan dibawa bermalam di Pusat Sains Negara Wilayah Utara serta diberi peluang melakukan aktiviti pencerapan esok.
Beliau berkata, program-program lain yang telah diatur ialah ceramah serta bengkel penerangan tentang ilmu angkasa, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pameran dan gerai-gerai jualan.
Semua program telah disusun dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia, Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Kedah, Pusat Sains Negara Wilayah Utara dan Jabatan Pendidikan Negeri, katanya.
beberapa th lepas,semasa balik dari kenduri kat rumah kwn hubby,singgah la kami sekeluarga kat menara tu....ok la walau tak se gah menara KL...yg lucunya saya tak larat nak tarik kain turun kebawah...sbb tersingkap ditiup angin.
ReplyDelete...nak wat camner,berbaju kurung sbb pi makan kenduri sblm tu..