Bapa Dipecat Keahlian, Anak Kaki Lompat & Kebas


Salehuddin: Ayahnya Dipecat Pas, Anaknya Kaki Kebas

Tidak salah rasanya jika dikatakan antara orang paling popular dan paling mendapat perhatian sepanjang minggu ini dalam kancah politik Malaysia ialah Datuk Salehuddin Hashim, mantan Setiausaha Agung PKR. Dia menjadi popular bukan sahaja kerana antara pemimpin penting yang meninggalkan PKR, tetapi kerana dia menampakkan dirinya sebagai perancang sehingga dua Ahli Parlimen dari Nibong Tebal dan Bagan Serai keluar meninggalkan PKR.

Berbicara tentang Salehuddin, sukar untuk seseorang pengamat politik lupakan crita ayahnya - Hashim Gera, ahli Pas yang pernah menjadi Ahli Parlimen Parit pada 1969 selepas menewaskan calon Perikatan, Dato Husein Nordin. Hashim Gera agak terkenal di Parlimen dengan wataknya yang lucu dan gemar berpantun ketika mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen. Ini tidak menghairankan kerana beliau juga merupakan seorang budayawan.

Namun, satu kesilapan budayawan ini tidak dapat dimaafkan oleh Pas, apabila dia berjoget lambak dalam satu majlis dan gambar dia menari joget itu telah disebarkan untuk memburukkan imej Pas. Akibatnya, Hashim Gera telah dipecat keahliannya dari Pas kerana berkelakuan yang menjatuhkan reputasi Pas.

Dan sekarang, anak Hashim Gera yang bernama Salehuddin ini melakukan sesuatu yang berbeza dari ayahnya. Mungkin pengundi Parlimen Parit telah lama memaafkan Hashim Gera, kerana apa yang dilakukannya - menari joget lambak -boleh dianggap sebagai satu kesilapan teknikal yang tidak terlalu besar. Tetapi perbuatan anaknya, yang bergerak penuh licik dan jijik, mengebas calon-calon bermasalah dan membawa mereka keluar dari PKR adalah sukar dimaafkan pengundi-pengundi yang mengundi PKR dalam pilihanraya lalu.

Bapanya, Hashim Gera, masih diingati hingga kini, bukan kerana dia ahli Parlimen Pas yang pandai menari joget, tetapi kerana kepetahannya bercakap dan kemahirannya berpantun. Tapi Salehuddin kelak hanya akan dikenang sebagai kaki kebas MP PKR, aduhai malangnya!!

~ pendikar gunung kriang

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.