Gempar! Ketua Pemuda KPP Perak ditembak Mati


Ulasan Pembunuhan Kejam Ketua Pemuda Penyokong PAS Perak
Berita Oleh: dewa

"Dua das tembakan, satu ke kepala dan satu ke dada mengakibatkan Ketua Pemuda Penyokong PAS Perak, Siva Pandian mati dibunuh di hadapan kedainya di Langkap! Siapakah dia mendiang Siva Pandian?

Adakah pembunuhan ini bermotif politik? Atau ini suatu 'kes bunuh diri' seperti yang didakwa oleh UMNO berlaku dalam kes Teoh? Analisa lengkap dan keratan akhbar berkenaan disertakan.

"Ketua Pemuda Penyokong PAS mati ditembak
Harakahdaily, 15/3/2010

TELUK INTAN, 15 Mac: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Siva Pandian mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi.

Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan beliau mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi.

Difahamkan, suspek menaiki motosikal datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan.

Polis pada waktu ini sedang berada di tempat kejadian, manakala mayat mangsa belum dialihkan." -tamat-
Sebelum huraian ke atas kes pembunuhan kejam Siva dibuat, eloklah kita memahami sedikit sebanyak tentang Penyokong Pas Perak terlebih dahulu.

Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak (DHPPP) yang dulunya dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS Perak adalah antara yang paling awal membentuk jawatankuasanya.

Menurut Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad, Mesyuarat Agung pertama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Perak sebelum ini telah diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar dengan menghimpunkan wakil-wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS seluruh Perak.

“S. Surianarayanan telah dilantik mengetuai DHPP Perak , Richard Wong sebagai Timbalan Ketua, Nali Raja sebagai Setiausaha dan Siva Pandian sebagai Ketua Pemuda.

“ Pembentukan jawatankuasa DHPP peringkat negeri ini akan disusuli pula dengan perlantikan jawatankuasa DHPP seluruh kawasan di Perak” katanya.

Hamdan berkata, perlembagaan induk PAS membolehkan parti itu mewujudkan jawatankuasa atau dewan baru tanpa melibatkan pindaan pada perlembagaan induk PAS.

“Ini langkah awal untuk mengiktiraf penyokong-penyokong bukan Islam dalam PAS. Malah ini juga langkah susulan mengiktiraf selepas Kelab Penyokong PAS diwujudkan,” katanya.

Menurutnya, penubuhan DHPPP adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.

Turut hadir dalam Meyuarat Agung kali DHPPP kali pertama ini ialah Dr. Mujahid Yusuf Rawa Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Zainuddin Yusuf Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak , Muhammad Nuruddin Bashah Setiausaha Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak dan Harun Hashim Yang Dipertua PAS Parit Buntar.

Zainuddin Yusuf yang juga ADUN Lubuk Merbau dalam satu kenyataan media bersyukur kerana Perak kini telah memiliki struktur organisasi DHPP yang lengkap

“ Malah organisasi yang sebelum ini dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS telah sekian lama mengadakan aktiviti seluruh perak bersama rakyat serta membantu beberapa siri pilihanraya seluruh Malaysia” katanya.

Fenomena sokongan golongan bukan Islam kepada PAS khususnya selepas kemenangan besar Pakatan di lima buah negeri sebelum ini cukup membimbangkan UMNO. Cubaan melagakan PAS dengan bukan Islam melalui isu nama Allah gagal! Adakah ini suatu cubaan menakutkan golongan bukan Islam?

Media UMNO saban hari menyerang habis-habisan kepimpinan Pakatan dengan pelbagai isu. Sewaktu Anwar Ibrahim mencanang idea hendak menubuhkan kerajaan dengan menerima calon-calon lompat dari BN, media UMNO saban hari mencemuh idea ini dengan mengatakan ianya terlalu keji dan umpama cubaan hendak memerintah melalui jalan belakang.

Namun, apabila calon-calon yang dikaitkan dengan rasuah dari Pakatan melompat dan menzahirkan sokongan pada BN, media barua UMNO segera memuji dan menjustifikasi.

Lebih dahsyat, pemerintahan Najib dipalitkan dengan pelbagai skandal pembunuhan dan seks khususnya pembunuhan Altantuya, pembunuhan Teoh, kehilangan Bala yang tiba-tiba menarik balik statutory declaration dalam 24 jam, rampasan kuasa di Perak, pembakaran masjid dan gereja, pencemaran masjid dengan kepala babi dan banyak lagi.

Pembunuhan kejam Siva sepatutnya tidak boleh dikaitkan dengan 'bunuh diri' kerana jelas Siva telah ditembak mati. kemungkinan besarnya ialah media UMNO akan cuba memaparkan bahawa pembunuhan Siva adalah kes terpencil, tiada kena-mengena dengan UMNO, tiada kaitan politik. Malah, tidak pelik jika media UMNO menyatakan bahawa kes pembunuhan Siva sekadar pergaduhan dan pembunuhan biasa yang sekadar melibatkan pertelingkahan perniagaan sahaja.

Apa pun, kita menyeru agar ahli Pakatan Rakyat saling menjaga keselamatan sesama kita sekalipun berbeza agama dan kaum.

Kesungguhan mendiang mempertahankan PAS selama ini sangat dihargai dan kehilangan beliau akan dirasai.

Terdapat ahli UMNO yang mengatakan PAS psiko kerana cuba berbaik dengan bukan Islam dan DAP tetapi menjauhi UMNO. Seorang sahabat saya menjawab dengan jelas:

"MENDAMPINGI BUKAN ISLAM YANG AMANAH DAN BAIK LEBIH MUDAH DARI MENDAMPINGI GOLONGAN MUNAFIK!"



Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.