SUNGAI BULOH 25 Feb. – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini mengesahkan anak pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin tidak mengalami tekanan mental sehingga menyebabkan dia menelan bilah pisau cukur, 8 Februari lalu.
Pesuruhjayanya, Datuk N. Siva Subramaniam, yang ditemui selepas melawat Penjara Sungai Buloh hari ini, berkata, sebaliknya Raja Azman Raja Petra, 33, mengaku bertindak demikian sebagai tanda protes apabila diasingkan sel oleh warden.
“Dia (Raja Azman) diasingkan di atas tindakannya memarahi warden. Namun tindakannya menelan bilah pisau cukur tidak langsung mencederakan dirinya.
“Dia berbuat demikian hanya semata-mata tidak berpuas hati dan tiada kena mengena dengan tekanan mental mahu pun fizikal,” katanya di sini hari ini. – Utusan
0 comments:
Post a Comment