Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata gaya politik pemimpin DAP, Lim Kit Siang masih ditakuk lama dengan suka melaga-lagakan pemimpin Barisan Nasional.
Beliau berkata dakwaan Lim baru-baru ini bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh bekerjasama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah sesuatu yang baru kerana memang menjadi sifatnya untuk mencari masalah.
"Sebagai contoh, apabila saya mengarahkan untuk menjalan siasatan terperinci mengenai penyalahgunaan kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Lim telah pun membuat pelbagai tohmahan palsu dan membuat pelbagai kesimpulan sebelum ia masih dalam proses siasatan," kata Ong kepada pemberita pada majlis meraikan Tahun Baru Cina bersama media di Kuala Lumpur, malam semalam.
Ditanya mengenai ketidakhadiran Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) dan beberapa pemimpin MCA lain yang menunjukkan kemungkinan wujud tanda boikot terhadap dirinya, Ong (kanan) berkata:
"Siapa yang hadir dan siapa yang tidak...manalah saya tahu. Lagipun ini majlis terbuka, semua dijemput.
"Kalau Lim Kit Siang nak datang pun, kami mengalu-alukan kehadiran beliau dengan hati yang terbuka", katanya.
Laga Ayam bagaimana bag
ReplyDelete