Jangkitan Kuman: MP Kuala Nerus dirawat di HSNZ


KUALA TERENGGANU 21 Feb. - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Ketika ditemui pemberita di hospital itu hari ini, katanya beliau dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lepas setelah berasa tidak sihat semasa sedang bercuti dengan keluarganya di Pulau Kapas dan mendapatkan rawatan awal di klinik berdekatan.

"Saya dinasihatkan doktor supaya segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kini kesihatan saya berada dalam keadaan baik dan stabil,” katanya yang ditemani isteri Datin Sabariah Mohd Yusof.

Terdahulu, beliau dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Datuk Abdul Rahin Mohd Said. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.