Banjir di Madeira
LISABON, Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat mengakibatkan sekurang-kurang 25 orang terkorban di Pulau Madeira, kata Menteri Dalam Negeri Portugal Rui Pereira.
"Angka tentang jumlah mangsa yang terkorban diterima mencapai sekurang-kurangnya 25 orang," kata Pereira ketika ia akan berangkat ke pulau yang banyak dikunjungi pelancong di kawasan Atlantik itu.
Pulau Madeira terletak sekitar 1.000 km sebelah baratdaya kota Lisabon.
Televisyen negara itu melaporkan arus air yang deras dan membawa lumpur ke jalan-jalan Funchal, ibu kota Madeira. Sejumlah kenderaan terbalik dan pokok-pokok tumbang.
Lebih 60 orang dirawat di hospital, demikian lapor pejabat berita Portugal.
Setakat ini belum jelas sama ada pelancong turut menjadi mangsa korban dalam bencana tersebut.
Perdana Menteri Jose Socrates mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas musibah yang terjadi di Madeira dan pihak penguasa berjanji akan menyediakan bantuan bagi kawasan otonomi itu.
0 comments:
Post a Comment