| Gambar menunjukkan laluan penerbangan MH17 yang didakwa diubah suai agensi berita RT |
Menurut laporan Open Newsroom (http://sy4m.co/GOpenNewsroom), sebuah laman perkongsian maklumat kewartawanan, Martin Walther berkata, laporan RT itu adalah sebahagian propaganda Russia dalam mengubah data sebenar dengan melaporkan data palsu kepada awam.
“Gambar yang diambil dari siaran RT itu salah sama sekali. Apa yang mengejutkan, sumber RT gunakan adalah dari laman Flightaware.com manakala laman flightradar24.com menunjukkan sebaliknya.





