Berapi: #MH17: Ketua Menteri Pulau Pinang Mencadangkan DS Hishamuddin Dihantar Ke Rusia.. Jom Terjah!!!



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencadangkan Malaysia menghantar menteri ke Rusia selain Ukraine untuk membantu memudahkan penyiasatan nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lepas.

Beliau berkata Malaysia boleh menghantar Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Moscow atau Hishammuddin boleh mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Saya tak nampak pun mana-mana menteri pergi ke Rusia. Oleh kerana (Menteri Pengangkutan Datuk Seri) Liow Tiong Lai telah pergi ke Ukraine, kenapa Hishammuddin tidak pergi ke Rusia, kerana anda perlukan (bantuan) kedua-dua negara. Jika Ukraine kata ya, tetapi Rusia tidak berikan respons, (ia) juga
tidak guna.

"Rusia lebih penting kerana Rusia mempunyai pengaruh di rantau itu. Rusia sebuah negara kuasa besar. Kita patut beri penghormatan kepadanya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif berjumlah RM182,100 untuk diagihkan kepada 607 pemandu pemandu teksi dan kereta sewa (Bahagian Seberang Perai).

Insentif itu disampaikan kepada Yang Dipertua Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Pulau Pinang Abd Malek Darus Abd Malek Darus di Dewan Datuk Ahmad Badawi di Butterworth.

MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Ukraine yang sedang bergolak. Pesawat itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh. Lokasi pesawat itu terhempas terletak di kawasan pasukan tentera Ukraine yang sedang berjuang menentang kumpulan pemberontak pro-Rusia.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama-sama enam delegasi berlepas ke Ukraine. Delegasi itu akan transit di Amsterdam dalam perjalanan ke Kiev dan dijangka tiba hari ini pada pukul 1 tengah hari (waktu Ukraine).

Ditanya sama ada beliau akan mengemukakan usul berhubung cadangan itu pada sidang Parlimen tergempar pada Rabu ini, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, "Apa yang kami mahukan ialah kita bersatu dan bersama-sama menghadapinya. Kami bukan mahu mendapat pujian untuk itu. Kami hanya membuat gesaan secara ikhlas."

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.