Politik Sabah Bergolak Lagi: Timbalan Menteri Umum Letak Jawatan Dalam UMNO... Jom Terjah



Tanda-tanda seminggu yang panas di Sabah mungkin akan menjadi kebenaran, Najib terpaksa ke Sabah hujung minggu kerana keadaan bergolak politik Sabah ketahap Gaban. gua... macam tak percaya, tapi terpaksa memaksa hati ini mempercayai bahawa ini adalah petanda umno hampir nak berkubur. Syabas menteri kerana berjaya melepaskan diri dari terus terjebak dalam kumpulan bodoh dan bergelumang dengan rasuah.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu lalu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu."Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.

Inilah Video: Jaringan2 Gol Perlawanan Italy vs Ireland di Euro 2012.... Jom Terjah!!!


Itali mengiringi Sepanyol ke suku akhir selepas kedua-dua pasukan mengalahkan lawan masing-masing dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan C Euro 2010, awal pagi ini.

Skuad 'The Azzuri' bimbingan Cesare Prandelli menewaskan Ireland - yang sudah pun terkeluar daripada saingan - dengan jaringan 2-0 di Stadium City, Poznan, Poland.

Video Hot: Pelakon Terkenal Yang Juga Janda Muda Berharap Sangat2 Bertemu Jodoh Dengan Ustaz.. Jom Terjah!!

Part 1

Part 2

TEMERLOH: Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Beliau menyatakan demikian pada program Talk Show di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Abby menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu.

Inilah Videonya: 2 Jaringan Menarik Cristiano Ronaldo Menyingkirkan Pasukan Belanda di EURO 2012.. Jom Terjah, Diulas Oleh Pengulas Arab!!


PORTUGAL mengesahkan tempat ke suku akhir setelah menundukkan Belanda 2-1 dalam perlawanan menarik Kumpulan B, sekali gus meranapkan impian Belanda untuk mengakhiri pertemuan terakhir grup dengan kemenangan.


Portugal yang turun untuk menutup mulut pengkritik ekoran tahap prestasi kurang menonjol pada perlawanan sebelum ini, membuktikan mereka masih berbisa apabila jaringan menarik Cristiano Ronaldo memberikan kemenangan berharga untuk melangkah ke suku akhir.


Ronaldo menjaringkan dua gol yang penting dan berharga buat Portugal dalam perlawanan ini.


Gol pertamanya dijaringkan pada minit ke-73 untuk menjarakkan mata dan mengukuhkan kedudukan layak ke suku akhir.


Sebelum ini, Belanda yang menguasai babak awal perlawanan menunjukkan taring apabila menjaringkan gol menerusi Rafeal Van Der Vaar pada minit ke-10 untuk mendahului 1-0.


Portugal yang tersentak dengan jaringan awal Belanda, cuba menjaringkan gol dengan percubaan bahaya. Namun berjaya dikekang oleh pertahanan The Oranje.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.