Inilah Video: Jaringan2 Gol Perlawanan Italy vs Ireland di Euro 2012.... Jom Terjah!!!


Itali mengiringi Sepanyol ke suku akhir selepas kedua-dua pasukan mengalahkan lawan masing-masing dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan C Euro 2010, awal pagi ini.

Skuad 'The Azzuri' bimbingan Cesare Prandelli menewaskan Ireland - yang sudah pun terkeluar daripada saingan - dengan jaringan 2-0 di Stadium City, Poznan, Poland.

Gol jaringan Itali dijaringkan oleh penyerang berbisa mereka, Antonio Cassano pada minit ke-35 selepas tandukannya yang terkena tangan penjaga gol Shay Given sebelum melantun melepasi garisan gol.

Gol kedua Itali dijaringkan oleh penyerang gantian, Mario Balotelli pada minit akhir perlawanan melalui satu sepakan gunting yang menarik hasil sepakan sudut.

Ini bermakna Ireland merupakan pasukan kedua - selepas Belanda - yang gagal mengutip mata selepas kalah semua tiga perlawanan dalam peringkat kumpulan.

Berbekalkan dua mata selepas seri dalam dua perlawanan sebelum ini, Itali mengutip lima mata, dan berada di tangga kedua kumpulan C selepas Sepanyol yang menewaskan Croatia dalam satu lagi perlawanan peringkat kumpulan.

Pasukan Itali akan bertemu dengan pasukan juara kumpulan D pada 25 Jun ini.

Sementara itu, skuad Sepanyol yang dibimbing oleh Vicente Del Bosque, mengalahkan Croatia dengan jaringan tipis 1-0 di PGE Arena, Gdansk, Poland.

Gol tunggal skuad 'La Roja' itu dijaringkan oleh penyerang gantian Jesus Navas pada minit ke-88 hasil hantaran rakannya Andres Iniesta yang melepasi perangkap 'offside'.

Dengan kemenangan itu, skuad 'Matador' itu menjadi juara kumpulan C dengan mengutip tujuh mata dan bakal berdepan dengan naib juara kumpulan D pada 24 Jun ini.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.