Inilah Videonya: 2 Jaringan Menarik Cristiano Ronaldo Menyingkirkan Pasukan Belanda di EURO 2012.. Jom Terjah, Diulas Oleh Pengulas Arab!!


PORTUGAL mengesahkan tempat ke suku akhir setelah menundukkan Belanda 2-1 dalam perlawanan menarik Kumpulan B, sekali gus meranapkan impian Belanda untuk mengakhiri pertemuan terakhir grup dengan kemenangan.


Portugal yang turun untuk menutup mulut pengkritik ekoran tahap prestasi kurang menonjol pada perlawanan sebelum ini, membuktikan mereka masih berbisa apabila jaringan menarik Cristiano Ronaldo memberikan kemenangan berharga untuk melangkah ke suku akhir.


Ronaldo menjaringkan dua gol yang penting dan berharga buat Portugal dalam perlawanan ini.


Gol pertamanya dijaringkan pada minit ke-73 untuk menjarakkan mata dan mengukuhkan kedudukan layak ke suku akhir.


Sebelum ini, Belanda yang menguasai babak awal perlawanan menunjukkan taring apabila menjaringkan gol menerusi Rafeal Van Der Vaar pada minit ke-10 untuk mendahului 1-0.


Portugal yang tersentak dengan jaringan awal Belanda, cuba menjaringkan gol dengan percubaan bahaya. Namun berjaya dikekang oleh pertahanan The Oranje.



Asakan demi asakan akhirnya meruntuh pertahanan Belanda di mana hantaran cantik Ronaldo pada minit ke-29 berjaya membolosi gawang lawan untuk mengikat kedudukan 1-1. Ronaldo menambah jaringan pada separuh masa kedua.


Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Portugal menewaskan Belanda 1-0 pada 2006.


Dalam dua perlawanan sebelum ini, Portugal mengutip tiga mata untuk berada di kedudukan ketiga manakala Belanda di tangga tercorot setelah tiada sebarang mata berjaya diperoleh.


Pada pertemuan suku akhir yang akan berlangsung 23 Jun ini, Portugal akan bertemu Republik Czech.


- SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.