Al Fatihah; Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan di KM. 84.1 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara



SUNGAI PETANI - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar segi tiga amaran dalam kemalangan di Kilometer 84.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara 8.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa yang bergerak dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara ke arah Plaza Tol Gurun terlanggar objek segi tiga amaran milik sebuah treler yang diletakkan di lebuh raya berkenaan.



Menurutnya, segi tiga amaran tersebut diletakkan berikutan lori treler terbabit mengalami kerosakan di bahagian pam minyak diesel dan parkir di bahu jalan.


"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC terlanggar segi tiga amaran menyebabkan mangsa hilang kawalan ke kanan lalu terjatuh.

"Akibat itu, kepala mangsa terhentak atas permukaan jalan menyebabkan berlaku kecederaan serius di kepala," katanya.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi terbabit manakala motosikal mangsa mengalami kerosakan antaranya ekzos calar, pemijak kaki kanan bengkok ke atas, cermin sisi kanan patah, handle kanan bengkok ke bawah dan rantai motosikal putus.

Adzli menafikan berlaku kemalangan antara kedua-dua kenderaan sehingga menyebabkan mangsa digilis.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.