Jom Mengundi: Tarikh Mengundi PRU14 Pada 9 MEI 2018




PUTRAJAYA -  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRU14 pada 28 April, manakala hari pengundian ditetapkan pada 9 Mei.

Tarikh pengundian awal pula pada 5 Mei, sementara tempoh berkempen ialah 11 hari.
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, seramai 14,940,624 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan sehingga suku keempat 2017.

Mohd Hashim membuat pengumuman itu selepas SPR mengadakan mesyuarat khas selama dua jam bermula jam 10 pagi ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU14.

Katanya, SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong berhubung pembubaran Dewan Rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa 7 April bagi memberi laluan kepada PRU14.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.